Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Neymar Kini Kembali Beraksi Selepas Setahun Berehat Panjang Akibat Cedera

Neymar Kini Kembali Beraksi

Bintang bola sepak terkemuka dunia, Neymar  kini kembali beraksi buat kali pertama dalam tempoh setahun selepas masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua ketika Al Hilal menentang Al Ain dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), awal pagi tadi.

Memetik laporan Buletin TV3, bintang Brazil itu berehat panjang akibat kecederaan ligamen lutut masuk menggantikan Nasser Al Dawsari pada minit ke-77 sejurus selepas Salem Al Dawsari meletakkan Al Hilal di depan dengan kedudukan 5-3.

Foto: Harian Metro

Dia hampir mencipta impak segera apabila bertukar hantaran dengan Aleksandar Mitrovic sebelum melepaskan rembatan yang sedikit tersasar di sebelah kiri gawang lawan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keputusan berakhir dengan kemenangan Al Hilal 5-4 selepas Al Ain menjaringkan penalti pada lewat permainan.

“Saya rasa bagus dan saya selalu mempunyai pasukan yang baik. Saya sangat gembira. Saya kembali! Saya kembali!,” kata Neymar. 

Foto: Goal

Artikel lain: Neymar Makin ‘Menggila’? Tuntut Lapan Kereta Mewah Daripada Pemilik Al-Hilal

Bekas pemain Paris Saint-Germain itu mengalami kecederaan lutut ketika Brazil menentang Uruguay sejurus selepas berpindah ke Liga Pro Saudi. Dia menjalani pembedahan pada November lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Neymar menyertai Al Hilal pada Ogos 2023 dari PSG dengan harga €90 juta (RM418 juta) tetapi hanya beraksi lima perlawanan sebelum ditimpa kecederaan.

Foto: Sud Ouest

Dia yang juga penjaring terbanyak Brazil sepanjang zaman terlepas Copa America 2024 yang dimenangi Argentina.

Neymar boleh beraksi di ACLE susulan ketiadaan had jumlah pemain asing di kejohanan itu tetapi hanya boleh didaftarkan pada Januari untuk aksi separuh kedua Liga Pro Saudi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Berita pertunangan Chazynash menarik perhatian ramai semalam apabila beliau berkongsi momen penting itu di media sosial. Majlis berlangsung di sebuah restoran, dengan kapsyen penuh...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta kediaman rasmi seorang pegawai kanan Tentera Darat, kelmarin, dalam siasatan...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (Polis Diraja Malaysia) menahan dua individu bagi membantu siasatan susulan penularan rakaman video memaparkan seorang individu memakai tudung sambil minum minuman...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluahkan kekesalan terhadap sikap segelintir individu yang membuang sampah merata-rata sehingga menjejaskan tahap kebersihan serta imej bandar raya Kuala...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd