Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

NewJeans Umum Bakal Tamatkan Kontrak, Dakwa Syarikat HYBE Iaitu ADOR Lebih Pentingkan Duit

Selepas mengharungi pelbagai kemelut dan perselisihan faham dengan syarikat rakaman, kumpulan NewJeans nampaknya telah nekad memutuskan untuk meninggalkan agensi anak syarikat kecil dibawah HYBE, iaitu ADOR.

Memetik laporan The Star, kelima-lima ahli kumpulan itu telah mengadakan sidang media tergempar mengumumkan hasrat mereka untuk menamatkan kontrak dengan ADOR disebabkan tuntutan mereka yang tidak ditunaikan dan penganiayaan, pada Khamis.

Kpop Charts on X: "ADOR responds to NewJeans press conference: — “We regret that you planned and organized a press conference to terminate the agency contract without sufficiently reviewing it after receiving

Foto: X @kchartsmaster

Ketika sidang tersebut, seorang ahli kumpulan berkenaan, Hanni meluahkan perasaannya, menyatakan syarikat tersebut hanya tergila-gilakan duit dan tidak ikhlas dalam menjaga kebajikan artis rakamannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ia adalah syarikat yang tidak lagi mempunyai keikhlasan dalam seni muzik dan lebih tertumpu pada penampilan syarikat, membuat wang serta tidak mempunyai sebarang kesedaran tentang kesan negatif yang akan berlaku dengan cara mereka bekerja,” luah Hanni kecewa.

ADOR Releases Statement In Response To NewJeans' Press Conference | Soompi

Foto: Soompi

Selain itu, NewJeans turut menekankan bahawa mereka tidak pernah melanggar perjanjian kontrak dan tiada sebab untuk mereka membayar penalti. Sebaliknya, HYBE dan ADOR yang telah melanggar kontrak, menguatkan lagi sebab mereka untuk meninggalkan syarikat berkenaan.

Sebagai respon, ADOR menjelaskan bahawa mereka terkejut kerana sidang akhbar tersebut dijalankan sebelum menerima kelulusan sepenuhnya dari syarikat.

“Kami kesal kerana sidang akhbar itu dilakukan seelum menerima maklum balas terhadap kandungan dan semakan yang mencukupi.
“Kontrak eksklusif antara ADOR dan NewJeans kekal sah. Oleh itu, kami mengharapkan mereka akan meneruskan aktiviti yang dijadualkan pada masa hadapan bersama-sama dengan ADOR seperti yang mereka lakukan sehingga sekarang.
“Kami telah meminta beberapa pertemuan dengan artis, tetapi ia tidak dilaksanakan.
“ADOR akan melakukan yang terbaik untuk menyokong NewJeans dalam aktiviti mereka dan membantu mereka berkembang lebih jauh sebagai artis global,” ujar syarikat tersebut.

New Jeans holds press conference declaring termination of contract with Ador

Foto: Carian Google

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lima gadis berbakat turut menyatakan bahawa mereka akan meneruskan tanggungjawab menerusi kontrak eksklusif mereka sahaja, tetapi mengakui mereka mungkin tidak lagi dapat menggunakan nama asal kumpulan, iaitu NewJeans.

“Namun, itu tidak bermakna kami menyerah pada nama itu sama sekali.
“Kami akan terus berjuang untuk NewJeans. NewJeans tidak akan pernah mati,” kata Danielle selaku ahli Newjeans.

Newjeans turut diminta untuk membayar penalti yang tinggi. Mereka mungkin perlu menghadapi denda kontrak yang mencecah sehingga 620 bilion won (US$440 juta).

Namun, kelima-lima gadis tersebut tidak bersetuju kerana berpendapat bahawa mereka tidak melanggar sebarang kontrak eksklusif dan telah melakukan yang terbaik dalam aktiviti kumpulan mereka setakat ini.

NewJeans Members Send A Certification Of Contents To ADOR + ADOR Briefly Responds | Soompi

Foto: Soompi

Advertisement. Scroll to continue reading.

NewJeans memulakan kerjaya mereka pada tahun 2022 dan fenomena K-pop ini merupakan antara kumpulan paling berjaya di bawah HYBE.

Terdahulu, anggota NewJeans, iaitu Hanni bintang Kpop pertama muncul di Parlimen Korea sebagai saksi di hadapan Jawatankuasa Alam Sekitar dan Buruh di Perhimpunan Kebangsaan (EUL) Seoul, selepas mendakwa kumpulan itu menjadi mangsa buli syarikat HYBE, pada 15 Oktober lalu.

Sumber: The Star 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, seoarang warga emas mengusap air mata menerima bantuan daripada seorang pemuda setelah berdepan detik cemas kehabisan minyak motor...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd