Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Netizen Persoal Kafe Haqiem Stopa Sudah Ditutup? – “Dah Kata Jangan Aniaya Isteri”

Ikon permotoran, Haqiem Stopa sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila memberi bayangan bahawa perniagaan kafenya sudah berada di penghujung.

Kafe dah tutup?

kafe haqiem stopa dah tutup

Menerusi perkongsian di TikTok, Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 25, dilihat merakamkan momen terakhir di hadapan HDC Cafe setelah tidak sampai setahun perniagaan itu beroperasi.

Malah Haqiem juga meninggalkan kapsyen yang menguatkan lagi dakwaan bahawa kafenya itu bakal ditutup biarpun tidak menerangkan secara terperinci.

@haqiemstopa_starlive_oe

Bitter or sweet . it remains a memory 🙏🏼🤲🏻🫶🏻 27nov25 4:24am .

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ It Will Rain – MUSIC ROOM

“Pahit atau manis, kekal jadi memori.
“27 November 2025, 4:24 pagi,” tulis Haqiem, hari ini.

Sebelum ini, Haqiem membuat permohonan maaf secara terbuka kepada isterinya, Aireena Sofia setelah didakwa berlaku curang apabila menjalinkan hubungan terlarang dengan seorang gadis berusia 18 tahun.

Pendedahan tersebut telah menarik perhatian netizen yang rata-ratanya terkejut dan bersimpati dengan nasib Aireen lebih-lebih lagi dia baru sahaja menimang cahaya mata.

Meninjau ke ruangan komen, warganet terkejut dan mula mempersoalkan sama ada perniagaan yang diusahakan oleh pempengaruh tersebut memang benar sudah sampai ke penghujung atau ia sekadar konten sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah ada juga yang meminta agar Haqiem untuk berubah membetulkan keadaan kerana setiap manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Semua ada silap

Lebih awal dari disangka

Dah tutup ke?

Artikel lain: Kongsi video lama bersama isteri, Haqiem Stopa buat permohonan maaf?

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 854,000 tontonan dan lebih 26,000 tanda suka.

Sumber: TikTok haqiemstopa

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Netizen mendakwa seorang wanita yang dibelasah dan dilanggar suaminya dalam kejadian tular sebelum ini ada meluahkan penantian menunggu lelaki tersebut keluar dari penjara. Menerusi...

Spotlight

Penyanyi sensasi, Justin Bieber mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan konsep luar biasa di festival muzik terkenal, Coachella. Bawa laptop nyanyi lagu lama Memetik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd