Tindakan pempengaruh dan usahawan terkenal, Faiz Soul menjual donat seketul dengan harga RM10 kini mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen.
Donat kosong tersebut yang hanya dihiasi dengan sekeping keju dan ditambah dengan sos caramel drizzle, dikatakan sebagai terlalu mahal untuk apa yang ditawarkan.
Faiz Soul jual donat seketul RM10
Menerusi sebuah video dikongsi Faiz, pemuda berkenaan menunjukkan proses menghasilkan donat yang dijual namun pada masa sama, dia telah meminta maaf sekiranya harga ditetapkan mengundang rasa tidak puas hati orang ramai.
Video promosi berdurasi 37 saat itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen.
Artikel lain: Isu Kelayakan SPM: Faiz Soul Ajak Berdamai, Hargai Permohonan Maaf Dr. Malar
Seorang pengguna menulis, “Sekarang orang boleh faham kenapa pendidikan yang betul itu penting. Bahkan nak buat bisnes pun kena pandai…” tulis @atyrarazak.
Beberapa pihak juga menyorot promosi cabutan bertuah RM5,000 yang disertakan dengan pembelian donat. “Bro tengah promosi perjudian di bulan Ramadan,” dakwa seorang pengguna, mengecam kaedah pemasaran yang dianggap tidak sesuai.
Komen lain membandingkan harga dan kualiti donat dijual Faiz dengan jenama terkenal lain. “Rupanya pun nampak kering. RM10 memang mahal,” tulis seorang lagi netizen.
Manakala seorang lagi menambah, “Tolonglah semua, jangan jadi penyokong sangat sampai beli RM10 untuk satu biji donat. Donat kosong, dengan sekeping keju dan sedikit sos caramel je, saya rasa?? Boleh dapat yang sama daripada kedai lain dengan harga bawah RM10??”
Dalam banyak komen, netizen seolah-olah bersetuju bahawa ramai yang terpengaruh untuk membeli walaupun nilai produk tidak setimpal. “Yang bodoh ramai beli,” tulis seorang lagi pengguna, merujuk kepada trend membeli demi populariti atau status semata-mata.
Sumber: Threads @nara_arliza1







































