Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Netizen Persoal Demi Lovato Nyanyi Lagu ‘Heart Attack’ Depan Pesakit Jantung

Netizen persoal tindakan bintang popular, Demi Lovato yang nyanyi lagu ‘Heart Attack’ di depan pesakit jantung.

Memetik laporan Daily Mail, Demi telah menyanyikan beberapa buah lagunya pada Konsert Go Red Persatuan Jantung Wanita Amerika Syarikat di New York pada Rabu.

Menurut saksi pada konsert tersebut, rata-rata yang hadir berasa pelik kerana penyanyi berusia 31 tahun itu memilih untuk menyanyikan lagu berkenaan.

Artikel lain: Abang Ipar Dedah, Ria Ricis Tak Diberi Nafkah Batin Selepas Lahirkan Anak Pertama

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sepanjang Demi membuat persembahan, dia tersenyum dan dia seperti tone-deaf,” kata saksi yang hadir.

Selepas video persembahannya tular di media sosial, rata-rata netizen mengecam tindakan Demi yang menyifatkan seolah-olah tidak sensitif.

Tak ada siapa yang membantah?!

Ada juga berpendapat bahawa Demi boleh sahaja menyanyikan lagunya Give Your Heart A Break yang lebih bersesuaian dengan majlis itu namun dia memilih untuk mempersembahkan Heart Attack.

Kenapa tak nyanyi Give Your Heart A Break?

Bagaimanapun, disebabkan kecaman itu wakil Demi akhirnya tampil menjelaskan sebab memilih untuk menyanyikan lagu berkenaan.

Menurutnya, Demi menyanyikan lagu itu kerana dia mahu menyampaikan mesej yang indah buat pendengarnya di konsert terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Netizen persoal Demi Lovato nyanyi lagu ‘Heart Attack’

“Lagu itu dinyanyikan untuk meraikan wanita-wanita yang ada pada konsert tersebut. Lagipun sebelum menyanyikan lagu itu Demi sudah menjelaskan sebab dia memilih lagu itu. 
“Ia bercakap tentang hubungan fikiran & hati dan ia sebenarnya adalah momen yang indah,” kata wakil berkenaan.

Sumber: Daily Mail,

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Hasrat sepasang kekasih yang bakal mendirikan rumah tangga minggu depan tidak kesampaian apabila wanita yang dinanti untuk bergelar isteri maut dalam kemalangan jalan raya...

Sosial

Seorang wanita merayu bantuan orang ramai menerusi platform Threads untuk mengesan bekas suaminya yang didakwa menumbuk mukanya ketika proses penyerahan anak di Bangi, petang...

Lokal

Polis menahan lima lelaki tempatan berusia dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan dua remaja perempuan berusia 15 dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd