Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Netizen Indonesia Kagum Dengan Pengangkutan Awam Malaysia – “Boleh Pusing KL Sampai Muntah Dengan RM10 Sahaja”

Netizen Indonesia meluahkan rasa kagum terhadap rakyat Malaysia yang bertuah kerana bertuah dapat menggunakan pengangkutan awam yang mudah dan murah.

Menerusi satu hantaran di X, aliviaawin telah mengutarakan pendapatnya berkenaan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan buat rakyat Malaysia selepas ada netizen lain bertanyakan soal struktur kemiskinan di Indonesia.

“Selepas pindah ke Malaysia dan sedar semua warga Malaysia berhak naik pengangkutan awam dengan harga paling murah. Malahan boleh beli pas bulanan dengan harga RM50 sahaja,” katanya.

Indonesia kagum dengan pengangkutan awam Malaysia

Indonesia Kagum Pengangkutan Awam Malaysia

Foto hiasan

Dalam pada itu, gadis itu juga berkata selepas mengetahui perkara itu, akhirnya dia sedar bahawa negaranya sendiri tidak peduli untuk menguruskan kemudahan rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Masa itu juga saya sedar negara saya tidak peduli seperti itu untuk menguruskan kemudahan rakyat sendiri,” luahnya.

Tidak cukup dengan itu, gadis itu juga berkata dia juga sedar bahawa kerajaannya tidak pandai menguruskan negara kerana di Malaysia sahaja, pelancong atau warga asing boleh mengelilingi Kuala Lumpur hanya bermodalkan RM10 dengan pas dari RapidKL.

Artikel lain: Perjelas Beza Batik Malaysia & Indonesia, Pemandu Pelancong Speed Undang Amarah Netizen Seberang

“Makin sedar negara tidak tahu mengurus negara sebab RapidKL sediakan pas harian untuk pelancong atau warga asing. Hanya dengan RM10 sahaja boleh pusing satu Kuala Lumpur sampai muntah.
“RM10 itu sama dengan 35 ribu rupiah. Harga begitu cukup-cukup untuk pergi tempat kerja sahaja,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya dari Indonesia yang turut bersetuju dengan kenyataan daripada gadis tersebut kerana mereka sendiri pernah merasai perkara tersebut.

Betul, saya isi RM100 dalam TNG pun tak habis pakai

Indonesia Kagum Pengangkutan Awam Malaysia

Ada juga pengangkutan awam percuma!

Indonesia Kagum Pengangkutan Awam Malaysia

Betul, kawasan luar bandar pun banyak kemudahan percuma

Indonesia Kagum Pengangkutan Awam Malaysia

Di Malaysia, atas umur 30+ pun masih boleh kerja asalkan mampu

Indonesia Kagum Pengangkutan Awam Malaysia

Namun begitu, terdapat segelintir netizen dari Indonesia yang berasa kurang berpuas hati dengan kenyataan daripada gadis berkenaan dan berkata bukan semua negeri mempunyai kemudahan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kalau murah dan mudah, siapa nak beli kereta?

Indonesia Kagum Pengangkutan Awam Malaysia

Lah, di Jakarta RM1 pun dah boleh

Indonesia Kagum Pengangkutan Awam Malaysia

Hanya di Kuala Lumpur, daerah lain tidak

Indonesia Kagum Pengangkutan Awam Malaysia

Bersyukurlah jadi warga Malaysia, banyak kemudahan dari kerajaan untuk semua rakyat termasuk warga asing dan pelancong yang datang ke negara ni.

Sumber: X aliviaawin

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hati seorang pengantin perempuan benar-benar luluh apabila lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semati tiba-tiba menghilangkan diri pada hari mereka dijadualkan melafazkan akad nikah,...

Sosial

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta...

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Nasional

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya bergantung kepada tahap kesiagaan dan profesionalisme anggotanya, malah sokongan ahli keluarga dan jaringan hubungan erat dengan komuniti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd