Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Nenek 83 Tahun Ceraikan Suami Muda Sebab Pemalas – “Semua Kerja Rumah Saya Buat”

Sebelum ini, kecoh di media sosial seorang nenek yang berusia 83 tahun mengahwini seorang jejaka muda 37 tahun sehingga berjaya menjadi bualan hangat ramai.

Bagaimanapun, perkahwinan itu tidak berpanjangan apabila nenek yang dikenali sebagai Iris Jones telah membuat keputusan untuk bercerai dengan suaminya yang berasal dari Mesir, Mohamed Ibriham pada bulan lepas.

Difahamkan, mereka mendirikan rumah tangga pada 2020 dan sejak itu, Ibriham berpindah ke banglo milik Jones di Weston-super-Mare, England dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di pasar raya Tesco.

Jelas Jones, dia sudah penat untuk menjaga bekas suaminya itu memandangkan dia perlu membuat semua kerja rumah termasuklah memasak, mengemas dan membersihkan rumah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya berasa penat kerana perlu menjaganya. Saya perlu melakukan semua pekerjaan di rumah, daripada memasak, mengemas dan membersihkan rumah,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dia mengakui menyesal mengenai Ibriham dan sepatutnya mendengar nasihat keluarga dan rakan-rakan sebelum berkahwin dengan jejaka muda tersebut.

“Lebih baik saya berpisah dengannya. Saya sepatutnya mendengar nasihat keluarga dan rakan-rakan mengenai Ibriham sebelum ini. 
“Saya menyesal mengenali dia dan sedar bahawa suami terbaik ialah suami (bekas suami) pertama saya, Gwyn,” katanya.

Malah, Jones menjelaskan dia menerima bekas suaminya itu sebelum ini disebabkan mempunyai paras rupa yang kacak sehingga membuatkan dirinya jatuh hati.

“Mungkin imej yang ditampilkan membuatkan saya menyukainya. Jika dia mempunyai perut buncit atau botak, pasti saya tidak akan tertarik dengannya,” jelasnya lagi.

Sumber: Kosmo

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd