Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Negatif Dadah, Lelaki Selamba Onani Atas Motosikal Ditahan Polis

Seorang lelaki yang dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh iaitu selamba onani di atas motosikal baru-baru ini berjaya ditahan oleh pihak polis.

Menurut laporan Utusan Malaysia, suspek warga tempatan berusia lingkungan 21 tahun berjaya dikesan dan ditangkap polis daerah Kluang, Johor.

Negatif dadah, selamba onani atas motosikal

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian ‘lelaki selamba onani’ itu dipercayai berlaku pada 20 September, kira-kira jam 1 pagi dan dikesan tular di platform Facebook.

Bagaimanapun, hasil siasatan pihak polis mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. Malah, negatif daripada pengaruh dadah hasil daripada saringan air kencing yang dilakukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Polis melakukan Ops Cantas iaitu menangkap suspek yang melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam.
“Polis mengesan satu video tular berdurasi 34 saat di mana kejadian berlaku pada jam lebih kurang 1 pagi.
“Suspek melakukan perbuatan onani di sekitar Taman Delima, di sini,”ujarnya.

selamba onani atas motosikal

Baca artikel lain: Sumbang Mahram Tinggi Di Kelantan Angkara Dadah & Pornografi

Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Siasatan lanjut juga akan dilakukan bagi mengenal pasti tujuan lelaki berkenan melakukan sedemikian di tempat terbuka. Tambah Bahrin, suspek akan dikenakan perintah tahanan reman mulai hari ini bagi membolehkan siasatan.

Orang ramai dinasihati untuk menjaga tingkah laku sewaktu berada di tempat awam dan elakkan diri daripada melakukan perbuatan terkutuk sehingga menjatuhkan maruah diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, mereka juga harus menjaga sensitiviti semua orang terutama adab di khalayak ramai.

Sumber: Utusan Online (Adnan Ibrahim)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Sosial

Seorang wanita warga Malaysia masih trauma selepas melalui detik mencemaskan apabila pesawat Batik Air yang dinaikinya hampir tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd