Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Nama Paling Indah..”- Lelaki Guna ‘Malaysia’ Masuk Pertandingan Drag Queen Dunia

Seorang lelaki warga berpenampilan wanita atau lebih dikenali drag queen telah mencuri perhatian ramai apabila dia menggunakan nama Malaysia bagi menyertai sebuah program hiburan popular dunia.

Lelaki menggunakan nama pentas Malaysia Babydoll Foxx menyertai program berjudul RuPaul’s Drag Queen musim ke-15 menyatakan nama berkenaan sangat indah.

Dia yang bertubuh gempal dan berkulit hitam memberitahu nama tersebut dipilih bersempena nama salah seorang kanak-kanak yang hadir ke pusat asuhana harian milik ibunya.

“Saya dapat nama Malaysia Babydoll Foxx daripada ibu saya yang memiliki sebuah pusat asuhan harian kanak-kanak.
“Ada seorang kanak-kanak yang menghadiri pusat asuhan tersebut dan namanya ialah Malaysia,”ujarnya.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Malaysia Babydoll Foxx 👑🦊 (@foxxy_doll)

Lelaki berasal dari Miami, Florida, Amerika Syarikat berkata nama ‘Malaysia’ sangat indah dan cantik.

“Saya fikir itu adalah nama yang paling indah. Tengok saya, saya indah, cantik. Saya layak menggunakan nama itu, bukan?”katanya.

Difahamkan, program RuPaul’s Drag Race merupakan sebuah rancangan hiburan popular Amerika Syarikat yang menghimpunkan ratu drag terbaik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Para peserta yang bertanding akan membawa pulang hadiah lumayan berjumlah AS$ 100,000 (RM 442,000).

Untuk pengetahuan, drag queen adalah istilah yang merujuk kepada golongan yang kebiasaannya lelaki berpakaian dan bersolek menampakkan ciri keperempuann. Bukan itu sahaja, mereka turut membawa perwatakan seperti kaum wanita untuk tujuan hiburan.

Tonton video penuh

Sumber: YouTube (RuPaul’s Drag Race)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd