Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Nak Pergi Bercuti Di London? Muhyiddin Yassin Gagal Dapat Semula Pasport Kekal

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang gagal mendapat semula pasport miliknya secara kekal, lapor Malaysiakini.

Menurut laporan, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menolak tawaran bekas Perdana Menteri itu untuk mendapatkan semula pasport kekal bagi tujuan percutian keluarga di London dan pemeriksaan kesihatan di Singapura pada akhir tahun ini.

Hakim Azura Alwi membuat keputusan menolak permohonan tersebut selepas mendapati adalah pramatang pada peringkat ini untuk membenarkan permohonan Muhyiddin mengubah syarikat jaminan bon dan melepaskan pasport tanpa syarat.

Jelas Azura, ia adalah kerana Muhyiddin masih berdepan tiga tuduhan pengubahan wang haram.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Muhyiddin pasportBagaimanapun, Presiden BERSATU itu masih boleh dan mempunyai hak untuk memfailkan pemulangan sementara pasport bagi tujuan tersebut, tertakluk kepada kelulusan mahkamah.

“Selepas mendengar hujahan lisan dan meneliti afidavit serta hujahan bertulis, mahkamah berpuas hati bahawa permohonan untuk mengubah syarat jaminan dan melepaskan pasport tanpa syarat adalah dengan ini ditolak.
“Jika pun mahkamah bersetuju keputusan mahkamah yang membatalkan empat tuduhan (menggunakan kedudukannya untuk rasuah) mewujudkan keadaan perubahan material, pemohon masih perlu memberi alasan kukuh dalam permohonannya,” katanya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan pelepasan sementara pasport tertuduh mulai hari ini sehingga 15 Januari tahun depan melalui peguamnya Datuk K Kumaraendran.

Permohonan itu tidak dibantah Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib.

Sebelum ini, Muhyiddin membuat permohonan mendapatkan semula pasport miliknya secara kekal atas alasan bercuti bersama keluarga di luar negara.

Beliau berkata, ia sudah menjadi suatu kebiasaan untuk membawa keluarganya bercuti selama sebulan pada setiap tahun. Ini tidak terkecualilah perancangan untuk bercuti pada tahun ini dan mahu membawa keluarga ke London pada akhir tahun.

Artikel lain: Nak Bawa Keluarga Bercuti Di UK, Muhyiddin Yassin Mohon Kembalikan Pasport

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini (Hidir Reduan Abdul Rashid)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pendaki wanita yang ditemukan selamat selepas tersesat selama dua minggu di hutan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, mengakui pengalaman getir yang dilaluinya membuatkan dia...

Lokal

Isu penempatan komuniti Rohingya yang dikaitkan dengan sebuah flat tular di Sungai Tekali, Hulu Langat dipercayai berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga...

Spotlight

Pasangan selebriti Korea Selatan, Jung Kyung Ho dan Sooyoung dilaporkan telah menamatkan hubungan cinta mereka selepas 14 tahun bersama. Menurut laporan media tempatan pada...

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd