Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Nak Mudahkan Tetamu ‘Melabur’, David Beckham Habiskan RM52 Juta Bina Tandas

Bintang bola sepak terkenal, David Beckham dikatakan bakal membina tandas luar rumah yang akan menelan kos perbelanjaan berjumlah RM52 juta (£12 juta) bertujuan memudahkan tetamu yang hadir ke majlis yang diadakannya.

Menurut laporan Oxford Mail, keputusan tersebut telah dilakukan oleh David dan isterianya, Victoria yang telah bersepakat untuk membina tandas tersebut di rumah kayu mewah mereka yang terletak di  Chipping Norton, Oxfordshire.

Difahamkan juga, selain memudahkan tetamu yang akan hadir, tandas yang berkonsepkan terbuka itu akan memberikan satu pemandangan yang indah sambil ‘membuang’ air besar.

Jelas bintang bola sepak yang berusia 47 tahun itu lagi, idea itu tercetus kerana dia tidak mahu tetamu berjalan jauh ke rumah mereka jika mahu menggunakan tandas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, David telah mengupah arkitek terkenal bagi merealisasikan impiannya itu untuk membina tandas mewah tersebut tercapai.

Sekadar info, David Beckham dan Victoria telah mendirikan rumah tangga pada 4 Julai 1999 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Brooklyn, Romeo, Cruz dan Harper Seven.

Sumber: Oxford Mail

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd