Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Najib Tegaskan Tiada Sebarang Penyelewengan Dalam Kes Dana 1MDB

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa tiada apa yang hendak disembunyikan dan beliau sentiasa telus dalam isu kemasukan dana ke akaun banknya.

Foto: malaysiakini

Menurut laporan malaysiakini, Najib menjelaskan beliau telah memaklumkan kepada AmBank tentang sumbangan yang akan diterima daripada Almarhum Raja Abdullah dari Arab Saudi dan mendakwa telah memaklumkan kepada Pengarah Urusan AmBank, Cheah Tek Kuang, semasa membuka akaun tersebut,

Ketika menangkis tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan RM2.27 bilion daripada dana 1MDB, bekas Menteri Kewangan itu menegaskan bahawa beliau telah memaklumkan kepada AmBank dan mengharapkan bank komersial itu memaklumkan perkara tersebut kepada Bank Negara Malaysia (BNM).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Najib menegaskan beliau adalah individu yang terdedah secara politik dan meminta bank memaklumkan perkara tersebut kepada Gabenor Bank Negara Malaysia ketika itu.

“Saya tiada apa-apa untuk disembunyikan. Dana tersebut dibelanjakan mengikut amanah yang diberikan oleh (Almarhum) Raja Abdullah dari Arab Saudi, untuk tujuan politik dan tanggungjawab sosial korporat (CSR).
“Saya merekodkan semua perbelanjaan saya dengan teliti melalui pengeluaran cek dari akaun AmIslamic bagi memastikan ketelusan dan dokumentasi yang betul,” kata Najib kepada Hakim Perbicaraan Collin Lawrence Sequerah pagi ini.

Foto: malaysiakini

Beliau mendakwa tidak mempunyai pengetahuan atau penglibatan dalam salah laku 1MDB dan mendakwa penyelewengan sepenuhnya dirancang oleh Low Taek Jho dan anggota pengurusan dana tersebut.

Najib menyatakan kebimbangannya terhadap tindakan pihak pendakwaan yang mengabaikan bukti jelas mengenai penglibatan bekas CEO 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bekas penasihat undang-undang Jasmine Loo, serta individu lain yang didakwa bersekongkol dengan Low untuk menyeleweng dana milik entiti kerajaan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 30 Oktober, mahkamah mengarahkan Najib membela diri terhadap empat tuduhan salah guna kuasa dan 21 tuduhan pengubahan wang haram.

Hakim Collin Lawrence Sequerah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie berdasarkan keterangan 50 saksi.

Najib mendakwa pendakwaan kelihatan seperti mempunyai agenda politik untuk mendapatkan sabitan terhadapnya.

Pada masa yang sama, Najib kini sedang menjalani hukuman penjara enam tahun atas kesalahan salah guna kuasa melibatkan RM42 juta dari SRC International.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: malaysiakini

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd