Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Naik Tiga Anak Tangga, Ranking Harimau Malaya Melonjak Ke-135 Dunia

Skuad kebangsaan negara, Harimau Malaya berjaya melonjakkan lagi kedudukan rankingnya dengan menaiki tiga anak tangga yang kini berada di kedudukan ke-135 dunia.

Menurut satu laporan Buletin TV3, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui satu perkongsian di Facebook melaporkan, kedudukan ranking terkini pasukan anak buah Kim Pan-gon tersebut naik tiga anak tangga daripada tangga ke-138 sebelum ini.

Foto: FB FAM

“Kemas kini terbaharu ranking Fifa (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) hari ini, Malaysia di tangga 135 dunia, berjaya melonjak naik tiga anak tangga berbanding 138 pada kemas kini terdahulu, 4 April 2024,” katanya.

Kenaikan ranking ini dilaporkan didorong selepas aksi memberangsangkan daripada skuad kebangsaan negara semasa mengharungi dua perlawanan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang berlangsung pada awal bulan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dalam aksi itu, skuad negara mengikat Kyrgyzstan 1-1 di tempat lawan sebelum menang 3-1 menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Walaupun berjaya mengutip empat mata dalam dua aksi terakhir Kumpulan D itu, skuad negara tidak layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas sekadar menamatkan kedudukan di tangga ketiga kumpulan di belakang Oman dan Kyrgyzstan,” ujarnya.

Foto: FB FAM

Sementara itu, turut dilaporkan bahawa Harimau Malaya akan menyertai Pestabola Merdeka dan Piala AFF yang dijangka akan berlangsung pada September dan November depan.

Untuk makluman, kedua-dua penyertaan tersebut penting bagi melonjakkan lagi kedudukan ranking Harimau Malaya untuk berada pada balang satu menjelang majlis undian Kelayakan Piala Asia 2027 nanti.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd