Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Naik Taraf Bangunan Sedia Ada, KKR Serah 12 Projek Siap Bernilai RM57.48 Juta

Kementerian Kerja Raya (KKR) menyerahkan sebanyak 12 projek siap yang bernilai RM57.48 juta demi menaik taraf bangunan-bangunan sedia ada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).

Menerusi satu kenyataan, Majlis Penyerahan Dua Belas Projek Siap itu dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) WPKL dimana enam daripadanya berjaya disiapkan lebih awal daripada tarikh penyiapan kontrak.

Foto: FB KKR

Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan berkata, pelbagai projek kemudahan infrastruktur serta menaik taraf bangunan sedia ada telah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan sekali gus dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, dua belas projek tersebut telah dilaksanakan secara beransur-ansur dengan yang terawal pada tahun 2018 di mana pembinaan dimulakan.

“Terdapat juga projek yang bermula pada tahun 2023 dan berjaya disiapkan bersekali pada tahun 2024 ini,” katanya. pada program penyerahan tersebut di Kompleks Kerja Raya, Kuala Lumpur hari ini.

Foto: FB KKR

Antara projek tersebut adalah ubahsuai dalaman bangunan Aswara, menaiktaraf sistem pembentungan kampus, sisa kimia dan sisa pepejal di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur dan pembaikan cerun dan kerja-kerja berkaitan di SMK Bandar Seri Petaling, Kuala Lumpur.

Bukan itu sahaja, projek penggantian sistem penyaman udara berpusat di Rumah Persekutuan Kuala Lumpur, kerja penggantian baharu sistem lif parkir di menara dan auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta projek ganti dua buah lif penumpang di Pejabat Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya juga merupakan projek yang berjaya disiapkan awal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB KKR

“Secara keseluruhan, projek-projek yang telah siap untuk diserahkan ini bernilai RM 57.48 juta yang melibatkan skop pembinaan bangunan tambahan, kerja menaiktaraf bangunan, kerja-kerja mekanikal seperti penggantian lif dan sistem penyaman udara berpusat serta kerja pembaikan cerun,” ujarnya.

Susulan itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kementerian-kementerian yang terbabit di atas kepercayaannya terhadap pihak JKR WPKL untuk menjayakan projek berkenaan.

“Besarlah harapan saya, pencapaian JKR WP Kuala Lumpur pada hari ini, akan terus menjadi pembakar semangat dan titik tolak dalam usaha JKR Malaysia meneruskan kesegeraan penyiapan  projek-projek lain.
“Walaupun 12 projek ini telah diserahkan, saya berharap agar JKR WP Kuala Lumpur tidak leka dalam memastikan semua aduan kecacatan oleh pihak pengguna di dalam Tempoh Tanggungan Kecacatan, diberi perhatian dan tindakan segera, serta ditangani dengan cekap dan berkesan,” jelasnya.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Lokal

Fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara dijangka berterusan sehingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun, susulan keadaan atmosfera yang lebih kering serta...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Lokal

Kemarau berpanjangan serta cuaca panas melampau bukan sahaja menjejaskan sumber bekalan air, malah turut memberi impak langsung terhadap pengeluaran padi yang dijangka menyusut sehingga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd