Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas FRU: Pemandu Lori Direman Empat Hari 

Seorang pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan tragis meragut nyawa sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, pada Selasa direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Menurut laporan Buletin TV3, perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Naidatul Athirah Azman selepas permohonan dibuat oleh Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Dr Bakri Zainal Abidin.

Foto: Buletin TV3

Dr Bakri yang hadir sendiri ke Mahkamah Majistret pagi ini berkata, kehadirannya mencerminkan kesungguhan pihak polis dalam menjalankan siasatan rapi berhubung insiden berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita akan meneruskan siasatan melihat dari sudut aspek kecuaian manusia, isu-isu teknikal dan juga isu persekitaran yang boleh membantu siasatan
“Daripada media sosial, saya telah memantau ramai saksi awam sebenarnya yang melihat kejadian sebelum dan semasa kejadian.
“Jadi, saya menyuruh masyarakat, khasnya masyarakat Hilir Perak untuk membantu, menyalurkan maklumat yang boleh membantu siasatan kita,” katanya kepada media selepas selesai membuat permohonan reman hari ini.

Mereka yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian diminta menghubungi ACP Dr Bakri sendiri di talian 017-8211326 atau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

Foto: Buletin TV3

Tambah beliau lagi, siasatan turut akan melibatkan agensi-agensi teknikal seperti PUSPAKOM, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menilai aspek keselamatan kenderaan dan keadaan jalan.

Syarikat pemilik lori terbabit juga akan dipanggil dalam masa terdekat bagi memberi keterangan berhubung insiden tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3 (Zulfakhri Shamsul Ariffin)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil dengan sisi kemanusiaan yang dekat di hati rakyat. Mereka...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd