Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Nafi Dakwaan Penceramah, Fahmi Fadzil Tak Kawal Tetamu Program Agama RTM

Baru-baru ini, penceramah bebas, Ustaz Abdullah Khairi ada mengatakan bahawa dirinya telah dihalang daripada menyertai program Forum Perdana Ehwal Islam yang sepatutnya berlangsung di Masjid  Kampung Baru.

Digam oleh stesen televisyen?

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh beliau menerusi satu hantaran di Facebook dan mengatakan dia telah digam dari memberikan ceramah di program-program Rancangan Televisyen Malaysia (RTM).

Bukan dibawah kawalan KKD

Walau bagaimanapun, menerusi laporan dari Berita Harian, Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil memaklumkan yang tetamu bagi program agama yang disiarkan di RTM bukan di bawah kawalan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).

“Senarai jemputan program agama bukan di bawah KKD,” jawabnya ringkas.

Dihalang untuk menyertai Forum Perdana Ehwal Islam

Jawapan itu dibuat susulan daripada kenyataan daripada Ustaz Abdullah Khairi yang mendakwa dirinya digam sejak dari pentadbiran kerajaan terdahulu lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setelah  bertukar kerajaan, beliau akui tidak sangka masih lagi tidak boleh bersiaran di kaca televisyen sehingga pihak televisyen menghalangnya menyampaikan ceramah di dua masjid berbeza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan ahli politik pun nak kena gam

Ustaz Abdullah meluahkan rasa kesal memandangkan beliau bukanlah ahli politik atau ahli jawatankuasa dalam mana-mana parti dan berada di Mekah sejak dua bulan yang lalu.

Ujarnya, jika ingin membatalkan penyertaannya dalam program tersebut, lebih elok jika dimaklumkan awal kerana ia sedikit sebanyak telah mengganggu jadual yang telah disiapkan.

Beliau juga telah meletakkan tanda pangkah di poster yang tertera wajahnya untuk memaklumkan perkara tersebut kepada semua.

Untuk makluman, berdasarkan poster forum bertajuk “Taqwa Pemangkin Kesejahteraan: Wilayah Persekutuan Maju dan Sejahtera” itu, beberapa penceramah lain turut dijemput seperti pendakwah bebas, Ustaz Haslin Baharim dan pensyarah di Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, manakala Ustaz Zakaria Othman bertindak sebagai moderator.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Zanariah ABD Muthalib)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di...

Sukan

Barcelona mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pemakanan khas bagi pemain muda mereka, Lamine Yamal, supaya beliau dapat menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan tanpa...

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Lokal

Terminal utama yang juga berfungsi sebagai balai pelepasan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa memulakan operasinya hari ini, menandakan langkah penting...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd