Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Nafi Alami Masalah Rumah Tangga, Hailey Bieber Tunjuk Masih Pakai Cincin Perkahwinan

Selebriti Hollywood, Hailey Bieber dilihat masih memakai cincin perkahwinannya ketika keluar makan malam bersama rakannya di Beverly Hills, California pada petang Selasa.

Foto: Mail Online

Menerusi laporan Mail Online, Hailey membuat satu hantaran di Instagram Story miliknya yang menyangkal teori palsu berkaitan masalah perkahwinannya dengan suami, Justin Bieber.

“Hanya untuk makluman tentang cerita dan ‘item buta’ yang berterusan saya lihat di TikTok adalah seratus peratus dalam sepanjang masa ini tidak benar,” katanya.

Bekas model Victoria’s Secret itu juga berkata bahawa teori-teori itu hanya khayalan semata yang diperbuat daripada udara nipis.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tahu mungkin cerita-cerita sebegini menyeronokkan tapi cuma nak beritahu bahawa mereka sentiasa salah, maaf untuk merosakkannya (sensasi khabar angin),” ujarnya.

Foto: Mail Online

Sebelum ini, terdapat satu laporan mengatakan bahawa bapa kepada model jelita tersebut Stephen Baldwin meminta doa daripada orang ramai untuk kesejahteraan pasangan berkenaan.

“Orang Kristian, tolong apabila anda memikirkan Justin & Hailey, luangkan sedikit masa untuk berdoa agar mereka diberi kebijaksanaan, perlindungan, dan semakin dekat dengan Tuhan,” katanya dalam satu video.

Walaupun perbuatan Stephen itu wajar, namun membuatkan Hailey tidak berpuas hati dan dia bersama Justin belum membuat sebarang tindakan ke atas bapanya.

Foto: Mail Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kedua-dua model dan penyanyi itu menolak spekulasi dan khabar angin yang mengatakan mereka mempunyai masalah dalam perkahwinan.

Sebelum ini, Hailey berkongsi penghormatan penuh kasih sayang di Instagram untuk meraikan ulang tahun ke-30 suaminya dan berkata hal yang disukai tentang perkahwinan adalah hubungan akrab bersama pasangan.

Sumber: Mail Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd