Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Muzik Bising Sangat Di Hari Keluarga Jadi Punca Insiden Tumbuk Menumbuk

Video tular melibatkan seorang rider dipukul beramai-ramai dengan sekumpulan individu berpakaian merah telah menjadi perhatian ramai apabila pelbagai versi cerita didengar.

Pihak baju merah jelaskan hal sebenar

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh selebriti, Caprice di ruangan Instagramnya, dia mengatakan yang pihak kumpulan berbaju merah ada menghantar penjelasan kepadanya untuk ditularkan kepada orang ramai.

View this post on Instagram

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di sebuah resort di Batu Pahat Johor dan video berkenaan telah disunting sebelum dikongsikan kepada orang ramai.

Bising sangat di hari keluarga

Ujar wanita itu, sebenarnya mereka sedang mengadakan hari keluarga di kawasan tersebut dan sudah memaklumkan awal kepada pihak pengurusan resort berhubung aktiviti yang ingin dilakukan.

Namun, pada hari kedua sewaktu mengadakan sukaneka, mereka telah didatangi oleh wanita didalam video tersebut bersama anaknya dan memarahi mereka kerana membuat bising dengan memasang muzik dengan kuat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pada hari kedua kami ada buat sukaneka, muzik pula dipasang agak kuat. Ketika itu ada seorang mak cik datang bersama anaknya mandi kolam, tetapi kami biarkan.
“Namun selepas itu, wanita tersebut seolah-olah tidak berpuas hati dengan bunyi bising tersebut sebelum memarahi kami supaya memperlahankan bunyi muzik. Padahal kami telah sewa ‘full’ tempat tersebut,” kata.

https://www.facebook.com/borakdaily/videos/522403386547226

Datang terus nak hanyun helmet

Selepas beredar kira-kira 10 minit dalam keadaan marah, dia datang dengan seorang rider dan mencuba menghayun topi keledar ke arah warga emas yang berada disitu.

Hal ini disebabkan rasa tidak puas hati rider terbabit selepas isterinya mengatakan dimarah sewaktu menegur bunyi bising tersebut.

Selang 10 minit wanita tersebut datang bersama seorang rider dan terus membuat kacau di majlis kami seperti gangster. Rider tersebut turut bertanya siapa yang kacau isteri dia.
“Dalam situasi agak tegang itu, rider tersebut cuba menghayunkan topi keledar ke arah ayah saya, namun sempat ayah tahan perbuatan lelaki terbabit,” ujarnya.

Ujarnya, video tersebut telah disunting oleh seseorang dan tidak memperlihatkan keadaan sewaktu rider berkenaan menghayunkan topi keledar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram Caprice

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Nara Smith, mendedahkan anak perempuannya yang berusia dua tahun, Whimsey, disahkan menghidap kanser selepas menjalani beberapa siri pemeriksaan kesihatan pada penghujung...

Sukan

Bermula di sebuah gelanggang latihan sederhana di Hulu Selangor, minat seorang kanak-kanak terhadap seni bela diri kini membawanya melakar kejayaan di pentas dunia. Ketika...

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Lokal

Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Bayu Permai, Beluran, hari ini. Ditemui rentung dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd