Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mustika Ratu Rancakkan Perniagaan Di Media Sosial, Mahu Pikat Golongan Muda

Jenama kecantikan terkemuka Indonesia, Mustika Ratu berhasrat merancakkan lagi perniagaan produk mereka di platform media sosial sekali gus dapat memikat hati golongan muda.

Mustika Ratu rancakkan perniagaan di media sosial

Perunding Pembangunan Perniagaan Mustika Ratu Malaysia, Setiawaty Madzi berkata, pihaknya memilih pendekatan di media sosial kerana medium itu dilihat berkesan bagi menarik perhatian pelanggan.

“Selain mempromosikan produk melalui media cetak dan elektronik, kami kini memberi fokus kepada media sosial kerana lebih cepat serta mudah.
“Lebih-lebih lagi di platform e-dagang seperti Shopee dan TikTok yang menjadi trend dalam mengembangkan jualan dan perniagaan,” katanya.
Mustika Ratu

Setiawaty bersama dua wakil Mustika Ratu

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan ke agensi kreatif digital, OMM Media Sdn Bhd di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Menerusi kunjungan tersebut, Setiawaty menyampaikan serba sedikit latar belakang mengenai jenama jamu popular itu selain berkongsi kebaikan produk Mustika Ratu yang terdapat di pasaran.

Mustika Ratu

Setiawaty berkongsi mengenai kebaikan produk Mustika Ratu

Malah, turut diadakan product testing dimana kakitangan OMM Media Sdn Bhd dapat merasai kesedapan minuman Air Jamu Ready To Drink.

Artikel lain: Hanya Amalkan Jamu & Beras Kencur, Pengasas Mustika Ratu Kekal Sihat Di Usia 94

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lebih meriah apabila terdapat permainan dianjurkan dengan tawaran wang tunai serta penyampaian sagu hati produk Mustika Ratu kepada semua kakitangan OMM Media Sdn Bhd.

Mustika Ratu

Aktiviti bersama kakitangan OMM Media Sdn Bhd

Terdahulu, pengasasnya Mooryati Soedibyo, 96, yang juga tokoh terkemuka dalam jamu tradisional di Indonesia dilaporkan meninggal dunia pada 24 April lalu.

Untuk makluman, Mustika Ratu telah menghasilkan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan di serata dunia yang memberi manfaat kepada semua golongan usia, tanpa mempunyai kesan sampingan selain disahkan halal.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd