Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Musim Kemarau Di Indonesia, Hampir 20 Peratus Wilayah Dijangka Terjejas

Kira-kira 19 peratus wilayah Indonesia termasuk Aceh, Sumatera Utara, Riau serta pantai utara dan selatan Jawa dan Bali, kini mengalami permulaan musim kemarau yang dijangka berterusan sehingga September.

Memetik laporan Berita Harian, perkara itu diberitahu dan disahkan sendiri oleh Ketua Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, Dwikorita Karnawati.

Beliau meramalkan bahawa musim kemarau akan menjangkau ke Lampung, Kepulauan Jawa, Bali, Nusa Tenggara Timur dan sebahagian Sulawesi Selatan dan Tenggara menjelang Ogos.

Foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Lebih berkata 19 peratus daripada wilayah Indonesia telah memasuki musim kemarau, terutamanya Aceh, Sumatera Utara, Riau, Jawa Barat dan Daerah Istimewa Yogyakarta.
“Beberapa wilayah lain di Jawa dan Bali akan memasuki musim kering dalam tempoh tiga minggu akan datang dan kawasan itu telah mengalami sekurang-kurangnya 20 hari tanpa hujan,” katanya.

Foto: Magz Tempo

Menurutnya, pihak mereka telah mengesan titik panas awal di kawasan yang terdedah kepada kebakaran, menunjukkan keperluan untuk meningkatkan kewaspadaan terhadap potensi tahap berisiko sederhana hingga tinggi.

Dalam pada itu, BMKG turut menasihatkan pihak berkuasa tempatan untuk mengisi semula takungan di kawasan yang terdedah kepada kemarau dan meningkatkan paras air bawah tanah di kawasan yang mudah terbakar, terutamanya di tanah gambut.

Susulan daripada itu, BMKG mengesyorkan mereka menggunakan teknologi pengubahsuaian cuaca untuk mengisi takungan di kawasan yang mungkin mengalami kemarau dan mula membasahi tanah gambut yang terdedah kepada kebakaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru, pihak berkuasa tempatan digesa bagi memastikan ketersambungan rangkaian pengairan yang mencukupi dari takungan ke kawasan yang terjejas kemarau untuk memudahkan usaha pengubahsuaian cuaca yang berkesan dan mengurangkan potensi bencana berkaitan kemarau.

Sumber: Berita Harian

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Spotlight

Penantian bertahun-tahun peminat akhirnya berakhir apabila penyanyi dan pelakon muzikal terkenal Korea Selatan, XIA (Kim Junsu), mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia menerusi XIA...

Dunia

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengakui negara itu kini berdepan kekurangan bekalan bahan api susulan serangan berulang Ukraine terhadap kemudahan tenaga dan infrastruktur kritikal Rusia,...

Lokal

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membatalkan arahan kawalan penjualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di Sabah, Sarawak dan Wilayah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd