Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Musim Banjir: Suruhanjaya Tenaga Nasihat Utamakan Keselamatan Elektrik, Gas

Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan elektrik dan gas pada musim banjir.

ST dalam kenyataan media memaklumkan, banjir boleh mengakibatkan pelbagai risiko antaranya tiang elektrik tumbang, talian elektrik terputus dan kerosakan kelengkapan elektrik dan gas.

Foto: Bernama

Susulan itu, ST berkongsi beberapa langkah pengawasan sebelum dan selepas banjir yang boleh diambil bagi memastikan keselamatan elektrik dan gas terutamanya sebelum, semasa dan selepas banjir.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebelum banjir, sekiranya diarah berpindah, pastikan simpan kelengkapan elektrik di tempat yang tinggi dan selamat daripada ditenggelami air banjir dan matikan suis bekalan utama di papan agihan elektrik.
“Selain itu, matikan pepasangan elektrik yang disambung secara berasingan daripada suis
utama seperti solar PV atau pagar elektrik. Kemudian, tutup injap silinder gas atau gas berpaip,” katanya hari ini.
Pada masa sama, menurut kenyataan itu orang ramai juga perlu mengelak melalui kawasan yang mempunyai talian atau pepasangan elektrik seperti pencawang dan bilik suis elektrik yang ditenggelami air, selain mengelak daripada memegang tiang atau apa-apa struktur menyalurkan elektrik.
Foto: Bernama
Malah, ST turut mengingatkan orang ramai supaya melakukan dan mengikuti beberapa cara pengawasan ini semasa dan selepas banjir.
“Semasa banjir, elak melalui kawasan yang mempunyai talian elektrik atau pepasangan elektrik
seperti pencawang dan bilik suis elektrik yang ditenggelami air. Kemudian, elakkan diri daripada memegang dan mengalih tiang atau apa-apa struktur yang menyalurkan elektrik.
“Seterusnya, selepas banjir pula, ST mengingatkan agar memastikan suis utama di papan agihan elektrik dan injap saluran gas berada pada kedudukan ‘OFF’ sebelum kerja pembersihan dimulakan.
“Seterusnya, sebelum ‘ON’ suis utama, pastikan kelengkapan elektrik dalam keadaan baik dan
kering. Malah, orang ramai haruslah sentiasa berwaspada apabila menjalankan aktiviti pembersihan banjir berdekatan dengan talian, struktur pepasangan elektrik dan saluran gas berpaip.
“Akhir sekali, suruhanjaya menegaskan agar orang ramai mengelakkan diri menggunakan kelengkapan elektrik dan gas yang diragui keselamatannya. Sekiranya meragui keselamatan sistem elektrik dan gas berpaip, dapatkan perkhidmatan kontraktor elektrik atau gas yang berdaftar dengan ST,” ujarnya lagi.

ST juga menasihatkan agar orang ramai menyimpan nombor telefon pejabat kecemasan seperti nombor balai polis, bomba, hospital dan syarikat utiliti berdekatan serta memastikan nombor tersebut mudah diakses semasa kecemasan.
Orang ramai boleh menghubungi ST bagi pertanyaan lanjut melalui talian 03-8870 8800 atau e-mel ke [email protected] atau melayari laman sesawang www.st.gov.my.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd