Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Murid Terlalu Padat, KPM Cari Solusi Atasi Masalah SK Cyberjaya

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) prihatin mengenai isu kepadatan murid di SK Cyberjaya, Selangor seperti yang heboh di media sosial baru-baru ini.

Foto (Hiasan): Utusan Malaysia

Menerusi satu kenyataan, KPM hadir dengan beberapa solusi jangka pendek dan jangka panjang yang telah dirancang sepenuhnya, dan masih dalam peringkat pelaksanaan bagi mengatasi isu ini.

“Solusi jangka pendek yang sedang dilaksanakan termasuklah penyuraian murid Tahun 1 ke beberapa buah sekolah yang berdekatan sekali gus memohon kelulusan pembinaan kabin 12 buah bilik darjah tambahan,” katanya hari ini.

Bagi solusi permasalahan jangka panjang, SK Cyberjaya (2) yang dibida menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 Rancangan Pelan 3 (2023) telah mendapat kelulusan dan kini berada dalam proses perolehan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Utusan Malaysia

KPM berkata, sekolah baharu ini bakal dilengkapi dengan 36 bilik darjah dan kemudahan-kemudahan lain mengikut konsep reka dan bina bagi mempercepatkan proses pembinaan, yang dijangka siap pembinaan pada tahun 2028 nanti.

“Perancangan masa hadapan dalam mengatasi isu kepadatan murid di Cyberjaya, KPM akan memohon dalam RMKe-13 RP1 (2026) untuk pembinaan sekolah menegah baharu, SMK Cyberjaya (2),” tambahnya lagi.

KPM turut akan memohon dalam RMKe-13 RP2 Tahun 2027 pada tahun 2025 untuk mendapatkan perolehan tanah bagi pembinaan SK Cyberjaya (3) kelak.

“KPM sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan dan permasalahan murid, guru dan semua warga sekolah di seluruh negara, berteraskan prinsip pendidikan manusiawi memastikan akses pendidikan terbaik untuk semua murid,” ujar KPM lagi.
Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Bisnes

Gergasi automotif global Volkswagen dilaporkan merancang langkah penstrukturan semula terbesar dalam sejarah syarikat dengan mengurangkan sehingga 100,000 pekerja di seluruh dunia serta menutup empat...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd