Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Murid Tahun Empat Meninggal Dunia Di Sekolah, Siasatan Ada Kaitan Unsur Buli

Polis mengklasifikasikan kematian seorang murid lelaki Tahun Empat di sebuah sekolah kebangsaan di Senawang, Seremban sebagai kes buli mengikut Seksyen 507C Kanun Keseksaan.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas lelaki sekolah berkenaan pada Rabu sebelum dihantar ke sebuah klinik swasta oleh guru disiplin.

murid tahun empat

Foto: Kosmo!

“Sekitar jam 1.19 tengah hari semalam, polis menerima maklumat berkaitan kematian seorang murid ketika dirawat di klinik. Bagaimanapun, doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Alzafny menjelaskan, siasatan awal mendapati mangsa sebelum itu meninggalkan kelas kira-kira jam 12.10 tengah hari.

Susulan itu, kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan yang merujuk kepada kesalahan buli, khususnya membabitkan komunikasi menghina atau mengancam.

Bedah siasat dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
murid tahun empat

Foto: Sinar Harian

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih sementara siasatan dijalankan,” ujarnya.

Sementara itu, laporan Sinar Harian menyatakan, Menteri Pendidikan, Datuk Fadhlina Sidek yang menziarahi keluarga mangsa, melahirkan rasa sedih dan menegaskan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis.

“Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga. KPM akan memberi sokongan dari segi emosi dan sosial, dan saya mohon semua pihak menjaga sensitiviti serta tidak membuat sebarang spekulasi,” jelasnya.
murid tahun empat

Foto: Sinar Harian

Beliau turut memaklumkan sebagai langkah sokongan, KPM akan melaksanakan intervensi psikososial kepada murid dan guru sekolah berkenaan bermula esok secara berterusan, dikendalikan oleh kaunselor sekolah.

“Sekolah akan meneruskan pembelajaran seperti biasa, tetapi intervensi ini penting bagi memastikan semua warga sekolah berada dalam keadaan baik,”tambahnya.

Tragedi ini mengejutkan masyarakat dan menimbulkan kebimbangan terhadap isu keselamatan serta kesejahteraan murid di sekolah.

Sumber: Berita Harian (Ahmad Hasbi), Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur akhirnya dibuka semula kepada umat Islam hari ini selepas ditutup selama 40 hari oleh Israel susulan tindakan ketenteraan bersama...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa selat-selat utama di negara itu mempunyai kepentingan strategik kepada perdagangan dunia, sekali gus menjadikan Indonesia sentiasa menjadi perhatian...

Sosial

Usahawan yang juga pempengaruh media sosial Anees Ayunie meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi menerima hadiah sebuah rumah daripada suaminya bersempena kehamilan anak kedua...

Sosial

Seorang pelancong dari China diheret keluar dari penerbangan selepas didakwa menepuk punggung seorang pramugari di dalam pesawat Malaysia Airlines pada Rabu. Kejadian tersebut dirakam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd