Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Patah Hidung, Retak Tulang Mata! Murid Tahun Dua Dakwa Dipukul Rakan Sekolah

Kegembiraan pulang dari sekolah bertukar tragedi bagi seorang murid Tahun Dua apabila dia pulang ke rumah dengan hidung berdarah dan wajah lebam, dipercayai akibat dibuli rakan sekolahnya pada 30 Julai lalu di Kuala Terengganu.

Menurut laporan Sinar Harian, hasil pemeriksaan X-ray, mangsa yang berusia lapan tahun itu disahkan mengalami patah tulang hidung dan keretakan pada tulang berhampiran mata selepas dibawa ibunya, Rifka Amelia Bustomi Sofian, 37, ke sebuah klinik swasta.

Foto: Sinar Harian

“Anak saya pernah beritahu sering dibuli, tapi saya tak sangka sampai tahap ini. Dia kata ada murid pegang tangannya supaya tak boleh lari, kemudian ditolak dan ditumbuk sampai jatuh,” katanya.

Menurut Rifka, doktor menasihatkannya membuat laporan polis sebelum merujuk kes berkenaan ke HSNZ, di mana anaknya menjalani prosedur membetulkan semula tulang hidung.

Kejadian dipercayai bermula ketika pertukaran kelas Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) apabila mangsa yang menumpang kelas lain didakwa merosakkan sarung meja.

Artikel lain: “Tempurung Kepala Retak..”- Anak Kritikal Ditolak Rakan, Ibu Mohon Doa Orang Ramai

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Untuk ganti sarung meja itu saya sudah bayar RM15, tapi anak saya dipukul oleh beberapa murid, termasuk yang bukan dari kelas tersebut,” ujarnya.

Rifka turut mendedahkan, ini bukan kali pertama anaknya menjadi mangsa di sekolah.

“Jun lalu, dia pernah cedera di mata selepas dibaling batu, tapi saya tak buat laporan. Kali ini saya nekad kerana tidak mahu ada lagi murid lain alami perkara sama,” tegasnya.

Katanya, pihak sekolah telah memanggil ibu bapa murid terlibat pada Isnin lalu untuk berbincang. Ada yang memohon maaf, namun masih ada murid lain yang belum dikenakan sebarang tindakan.

murid

Foto: Sinar Harian

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komosioner Azli Mohd Noor mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

“Hasil siasatan awal mendapati ia berpunca daripada ejek-mengejek.
“Kes telah dirujuk kepada pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Usahawan yang juga pempengaruh media sosial Anees Ayunie meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi menerima hadiah sebuah rumah daripada suaminya bersempena kehamilan anak kedua...

Nasional

Kerajaan Malaysia dan Hungary memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) Stipendium Hungaricum Scholarships bagi tempoh 2026 hingga 2028. Ia sekali gus memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan...

Lokal

Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap seorang anggota tentera berpangkat koperal selepas mangsa yang sebelum ini cedera parah akibat...

Nasional

Sebanyak 141 petugas haji terdiri daripada kakitangan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berlepas ke Arab Saudi hari ini bagi melaksanakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd