Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Murid Dibenar Pakai Baju Sukan 2 Hari, Seragam Sekolah 2 Hari -KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kebenaran kepada murid sekolah untuk menyarung seragam sekolah hanya dua hari sahaja dan selebihnya memakai baju sukan serta kokurikulum.

Akan mula digunapakai pada sesi persekolah 2024/2025

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan menterinya, YB Fadhlina Sidek, arahan tersebut akan mulai digunapakai pada sesi persekolahan baru pada Mac 2024/2025.

“KPM memutuskan bagi sesi 2024/2025 bermula Mac ini, selepas sesi libat urus dilaksanakan dengan semua pihak berkaitan termasuk pemegang taruh, maka pakaian seragam di sekolah sesi 2024/2025 diteruskan seperti berikut.
“Dua hari pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulum,” katanya.

Murid Dibenar Pakai Baju Sukan

Garis panduan untuk murid dibenar pakai baju sukan 2 hari akan dinyatakan kelak

Perkara tersebut dinyatakan beliau sewaktu menyampaikan Amanat 2024 KPM di Auditorium Kompleks E, Putrajaya.

Ujar Fadhlina lagi, perincian untuk garis panduan berkenaan akan dimaklumkan kepada semua dalam tempoh masa yang terdekat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

https://www.facebook.com/KemPendidikan/videos/1621550245045806/

Jadual murid dibenar pakai baju sukan terpulang kepada pihak sekolah

Walau bagaimanapun, pihak KPM akan memberikan kuasa autonomi kepada sekolah untuk menyusun jadual bagi pemakaian seperti yang telah dinyatakan menerusi garis panduan berkenaan.

“Ya, itu akan diperincikan dalam surat makluman nanti mengenai autonomi yang akan diberikan kepada pihak sekolah nanti asalkan mereka mengikut dua hari pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan sehari pakaian kokurikulum.
“Selain itu, bagi kita ini adalah penegasan keputusan untuk meringankan beban ibu bapa yang berhasrat membuat persiapan lebih awal,” katanya.

Murid Dibenar Pakai Baju Sukan

Artikel lain: Pakaian Seragam Sekolah Bentuk Jati Diri Murid

Sebelum ini, pihak KPM telah memberi kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya untuk memakai pakaian sukan semasa cuaca panas serta kering.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Para pelajar yang menggunakan seragam sekolah juga tidak diwajibkan untuk memakai tali leher memadnangkan cuaca panas yang mencetuskan gelombang haba sekali gus boleh mengundang kemudaratan kepada mereka.

Sumber: Facebook Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Sosial

Seorang peniaga dipercayai tiada lesen perniagaan berang apabila barang jualan kena rampas oleh penguat kuasa dipercayai di Dataran Merdeka. @user62935921735153 I don’t know what’s...

Sukan

Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin umum bertunang dengan bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, pada Rabu. Berita gembira itu dikongsikan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd