Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Murahnya!”- Peminat Teruja Lihat Harga Tiket, OneRepublic Umum Adakan Konsert Di Malaysia

Lagu berjudul I Ain’t Worried oleh kumpulan pop rock Amerika iaitu OneRepulic kini mendapat tempat di hati pendengar lebih-lebih ia popular dalam filem Top Gun: Maverick.

Kini, para peminat di negara ini boleh bertemu dengan OneRepublic apabila mereka mengumumkan bakal mengadakan konsert jelajah di Asia pada tahun 2023 dan Malaysia juga tersenarai dalam salah satu lokasi tersebut.

Pengumuman ini dimuat naik sendiri oleh kumpulan tersebut menerusi laman Twitter mereka iaitu @OneRepublic, semalam.

“Asia! Kami sangat teruja untuk kembali pada musim bunga 2023,”umum OneRepublic di laman Twitter.

Konsert itu dijangka bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 1 Mac nanti dan jualan tiket bakal dijual secara berperingkat

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, jualan tiket akan bermula pada 27 September ini bagi kelab peminat, 28 September untuk ahli Live Nation Malaysia dan jualan umum adalah pada 29 September.Tak sabarnya nak pergi!

Rata-rata peminat meluahkan keterujaan mereka apabila tidak sabar untuk bertemu idola mereka dan memeriahkan

Murahnya! Tapi semua free standing

Selain itu, ada yang teruja melihat harga tiket yang ditawarkan iaitu hanya RM388 sahaja. Bagaimanapun, ia hanya menyediakan ‘free standing’ sahaja dan tiada tempat duduk yang selesa yang membuatkan mereka ‘kurang’ bersemangat untuk pergi kerana perlu berdiri lama.

Sekadar info, ahli kumpulan ini terdiri daripada vokalis utama, Ryan Tedder, gitaris Zach Filkins dan Drew Brown, pemain bass dan selo Brent Kutzle, dan pemain drum Eddie Fisher.

Dan, OneRepublic pernah datang ke Malaysia bagi membuat persembahan pada 25 April 2018 lalu.

Sumber: Twitter @livenationmy, @OneRepublic

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Bekas bintang Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil mengakui beliau cukup menggemari makanan pedas dan tidak sabar untuk mencuba lebih banyak hidangan tempatan sepanjang...

Lokal

Harga runcit petrol RON97 naik lima sen seliter kepada RM4.90 manakala RON95 tanpa subsidi turut meningkat 10 sen kepada RM3.97 bagi tempoh 30 April...

Dunia

Armada awam di bawah Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan telah dikepung secara haram oleh bot tentera Israel ketika berada di perairan antarabangsa, sekali gus...

Dunia

Turkiye pada Khamis menyifatkan campur tangan Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai “tindakan lanun”, sambil menegaskan pihaknya sedang mengambil semua langkah perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd