Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Mulanya Malu, Anne Hathaway Akui Ketagih Lakonkan Babak Ranjang

Tanpa berselindung, pelakon filem Bride Wars iaitu Anne Hathaway mengakui berasa ketagih mahu melakukan aksi ranjang ketika berlakon.

Ujar pelakon berusia 40 tahun, walaupun pada awalnya dia berasa janggal untuk beraksi di hadapan kamera, namun Anne akui mula menikmati setiap adengan yang dilakonkan termasuk babak seks.

Dedah Hathaway, dia terpaksa mengambil minuman keras sebelum melakukan aksi berahi tersebut bersama pasangan pelakon.

“Saya perlu minum minuman keras sebelum melakukan aksi intim. Tujuannya adalah untuk membuang rasa malu,”ujarnya.

Ceritanya lagi, selepas beberapa kali melakonkan babak seks dalam filem, dia kini berasa ketagihan dan sentiasa mahu membuat aksi sedemikian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Hathaway menafikan perasaan ketagihan melakukan aksi seks tersebut adalah disebabkan dirinya dahaga akan kasih sayang. Sebaliknya ia lebih kepada faktor kepuasan sebagai seorang pelakon.

Sekadar info, aktres kelahiran New York, Amerika Syarikat itu membintangi beberapa filem terkemuka seperti Alice in Wonderland, Love and Other Drugs, One Day, Becoming Jane dan lain-lain lagi.

Sumber: Kosmo!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Spotlight

Perbezaan agama tidak seharusnya menjadi penghalang kepada hubungan kekeluargaan, sebaliknya perlu diraikan dengan rasa hormat dan kefahaman, demikian perkongsian menyentuh hati oleh personaliti Facebook,...

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Sosial

Seorang suami kini berada dalam kesedihan mendalam selepas kehilangan isteri tercinta, Nor Suhaila Shariff dalam satu kemalangan maut di Batu 14, arah selatan Lebuhraya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd