Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Muktamar PAS Didakwa Pentas Fitnah? Ahmad Zahid Ulas – “Biar Dia Cari Dosa Kering”

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas lanjut mengenai tindakan PAS yang didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas memfitnah dan mencaci lawan politik mereka.

Memetik laporan Bernama, Ahmad Zahid yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri itu menyatakan beliau hanya membiarkan PAS mencari dosa kering.

“Biarlah dia cari dosa kering,” katanya.

Foto: Bernama

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perniagaan Halal Sedunia 2024 sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia pada Selasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyelar tindakan pemimpin PAS yang menghamburkan cacian dan kebencian dalam ucapan serta resolusi sepanjang Muktamar parti itu.

Saifuddin turut menyifatkan Muktamar PAS itu sebagai kemuncak politik kebencian serta membiakkan budaya fitnah, mencerca dan memaki hamun di bawah pimpinan Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Umat Islam di Malaysia menghadapi pelbagai masalah seperti penagihan dadah, keganasan domestik, rasuah serta kemiskinan namun PAS dan Abdul Hadi ketandusan idea dalam isu mendesak ini.
“Sebaliknya mereka lebih fokus berangan-angan ingin merampas kuasa Kerajaan Perpaduan dan mengabaikan agenda hudud yang dilaungkan sebagai prinsip PAS,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, Saifuddin turut berkata PAS telah menyimpang jauh daripada perjuangan asal yang diasaskan oleh tokoh seperti Profesor Zulkifli Muhammad Burhanuddin al-Helmi, Fadhil Noor, Yusuf Rawa dan Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat.

Foto: Utusan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Saiffudin juga berkata selama 30 bulan lebih PAS menyertai Kerajaan Persekutuan pada 2020 hingga 2022, tiada usaha yang diambil untuk mengharamkan arak dan perjudian di negara ini.

“Selama 30 bulan lebih Pas menyertai kerajaan ketika itu, ini membuktikan Pas sebenarnya lompong dan ketandusan idea dalam memimpin dan membangunkan negara.

“Kegagalan ini jelas apabila rakyat terpaksa memulakan Kempen Bendera Putih untuk membantu sesama sendiri (ketika pandemik COVID-19),” ujarnya.

Terdahulu, PAS telah mengadakan Muktamar Tahunan Ke-70 dengan tema ‘Islam Jalan Penyelesaian’ di Kompleks Makmur, Kerdau, Temerloh pada 14 dan 15 September lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

“Dua hari saya tak boleh tidur malam, setiap kali pejam mata, kejadian itu bermain dalam ingatan,” luah Megan, 42, saksi utama yang masih trauma...

Bisnes

Petroliam Nasional Berhad (Petronas) terus memantau rapi bekalan bahan api negara bagi memastikan kestabilan berterusan susulan krisis yang sedang berlaku di Asia Barat. Menurut...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, pasangan suami isteri berkongsi berita gembira apabila tidak lagi menjalani hubungan jarak jauh akibat tuntutan kerja. Suami meninggal...

Dunia

Indonesia akan melaksanakan dasar bekerja dari rumah atau work from home (WFH) untuk penjawat awam satu hari seminggu bermula 1 April, bertujuan meningkatkan kecekapan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd