Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Muhyiddin Yassin Dakwa Bekalan Telur Tak Cukup, Sudah Mula Ternak Ayam

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau sudah mula menternak ayam penelur di kebunnya untuk kegunaan sendiri sebagai langkah untuk menyelesaikan masalah bekalan telur yang tidak cukup di pasaran.

Menurut laporan Sinar Harian, berdasarkan kajian empirikal yang telah dilakukan oleh sekumpulan penyelidik ke atas 1,200 responden mendapati kos sara hidup merupakan masalah yang sering dihadapi oleh rakyat.

“Jawapan yang paling jelas adalah masalah pertama, adalah masalah kos sara hidup, masalah harga makanan yang tidak berhenti-henti, masalah bekalan makanan tak cukup, sampai telur pun tak cukup.
“Saya sudah mula pelihara ayam telur di kebun saya, satu hari 40 biji telur. Saya nak tunjuk boleh selesai masalah kalau kita usahakan sendiri,” katanya.

Bagaimanapun, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu turut memberitahu tidak semua orang mempunyai kemampuan untuk menternak ayam 30 hingga 40 ekor ayam pada satu-satu masa.

Bukan itu sahaja, dia turut menerima aduan daripada orang ramai mengenai kenaikan harga barang ketika membuat tinjuan di beberapa gerai  sekitar Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya kata (harga barang) mahal, mereka kata semuanya naik, saya tanya apa yang turun, dia kata hujan yang turun.
“Saya tanya harga ayam berapa? RM10 lebih sekilo, zaman saya jadi menteri dulu RM6.40. Dia cakap itu zaman Tan Sri dulu, memang naik (tapi) naik (sekarang) RM10 sekilo,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd