Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Muhyiddin Tegaskan Ucapan Di Nenggiri Adalah Fakta, Tiada Maksud Hina Institusi Raja

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan ucapan beliau ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.

Muhyiddin menegaskan ucapannya itu adalah fakta dan tidak bermaksud untuk menghina institusi raja selain percaya ia tidak melanggar mana-mana undang-undang negara.

Foto: Facebook Muhyiddin Yassin

“Saya ingin menegaskan bahawa ucapan saya di Nenggiri adalah suatu kenyataan fakta yang tidak bermaksud untuk menghina institusi raja atau menimbulkan kecenderungan menghasut.
“Saya percaya kenyataan saya itu tidak melanggar mana-mana undang-undang negara,” katanya menerusi satu hantaran Facebook pada Isnin.

Beliau juga memaklumkan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi menjelaskan fakta-fakta berkaitan dengan kenyataan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: NSTP

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pihaknya akan memanggil Ahli Parlimen Pagoh tersebut pada Selasa untuk memberikan keterangan berhubung perkara berkenaan.

“Setakat semalam, polis menerima 29 laporan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu,” ujarnya.

Foto: Berita Harian

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai ucapan bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Muhyiddin turut didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) ketika berkempen bagi PRK yang sama, baru-baru ini.

Sumber: Facebook Muhyiddin Yassin

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd