Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Muhyiddin Mohon Tiga Kes Pengubahan Wang Haram RM200 Juta Digugurkan

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan untuk menggugurkan tiga kes pengubahan wang haram (AMLA) mencecah RM200 juta.

Memetik laporan Sinar Harian, peguam Datuk Hisyam Teh Poh yang mewakili Muhyiddin berkata permohonan berkenaan akan dibuat mengikut Seksyen 173(g) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).

“Kita akan memfailkan permohonan itu secepat mungkin, selain akan mengemukakan permohonan secara bertulis kepada pendakwaan supaya pasport dikembalikan semula kepada Muhyiddin,” katanya.

Foto: Utusan Malaysia

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dilaporkan tidak hadir prosiding hari ini selepas mendapat pengecualian daripada mahkamah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin menetapkan hari ini untuk mendengar permohonan pendakwaan supaya empat kes rasuah dan tiga AMLA dibicarakan bersama.

Namun, Wan Shaharuddin berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan permohonan iaitu tertuduh dalam kes ini untuk membatalkan pertuduhan.

“Kami memohon supaya permohonan berkenaan ditangguhkan ke tarikh lain kerana kami telah memfailkan notis rayuan, 15 Ogos lalu.
“Kami juga telah memfailkan petisyen berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Muhyiddin atas empat kes rasuah di Mahkamah Rayuan Putrajaya,” katanya.

Foto: Utusan Malaysia

Dalam pada itu, Wan Shaharuddin memberitahu mahkamah telah menetapkan pengurusan kes berkenaan pada 27 September manakala sebutan berkenaan tujuh pertuduhan akan dijalankan pada 29 November ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada 10 Mac lalu, pemimpin berusia 76 tahun itu mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta dan dua pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022 lalu.

Beberapa hari selepas itu, beliau sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor atas pertuduhan ketujuh, iaitu kes pengubahan wang haram berjumlah RM5 juta, tahun lalu.

Namun, pada 15 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Muhyiddin atas empat tuduhan rasuah.

Sumber: Sinar Harian (Noor Azlida Alimin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Iffa Sabrina
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peserta rancangan MasterChef: Global Gauntlet, Jaime Tan, 27, tampil membuat permohonan maaf selepas hidangan ikonik Malaysia, roti canai, yang dipersembahkan beliau di pentas MasterChef...

Lokal

Bangunan seakan ‘flat’ dan perkampungan warga asing di Sungai Tekali yang tular di media sosial serta dikaitkan dengan komuniti Rohingya akan dirobohkan mengikut tindakan...

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Nasional

Kecemerlangan dalam pendidikan bukan sekadar menjadi kebanggaan keluarga, malah mencerminkan komitmen, disiplin dan daya juang tinggi yang diterapkan dalam kalangan anak-anak warga Kementerian Pertahanan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd