Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Muhyiddin Dijangka Berdepan 6 Pertuduhan Salah Guna Kuasa, Pengubahan Wang Haram

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka berdepan enam pertuduhan membabitkan empat salah guna kuasa dan dua kesalahan pengubahan wang haram di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Menurut laporan BH Online, pendakwaan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFPUAA).

https://www.facebook.com/MalaysiaGazette/posts/pfbid023TXHZtf8reGJWjjDBefbpACd5NyMQxqUz6KLhqAfcCcM9Rc3iKnJFZBpZ32JZcuWl

Sebelum itu,  Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Tan Sri Azam Baki mengesahkan Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu akan didakwa di mahkamah pagi esok.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pendakwaan dipercayai berkaitan kes salah guna dana awam program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) selepas Ahli Parlimen Pagoh itu memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajayah hari ini.

Pada 18 Februari lalu, Muhyiddin mengesahkan dipanggil SPRM untuk memberi keterangan mengenai Jana Wibawa tetapi sebagai saksi dan bukannya suspek.

https://www.facebook.com/ustaztitm/posts/pfbid0Nw5ox59AaT4DeK5WCo1aCMajxMkD1hnRQA6i2gYXkicYkpytYrZvcBks7RHC1GFil

Beberapa hari selepas itu, bekas Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad turut dihadapkan ke mahkamah dipercayai berkaitan projek yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BH Online (Faris Fuad), Facebook Malaysia Gazette & Tuan Ibrahim Tuan Man

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang remaja lelaki maut dalam keadaan tragis selepas dipercayai putus kepala dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Lokal

Seorang pemandu e-hailing wanita cedera selepas dipercayai diserang sekumpulan remaja termasuk dua remaja perempuan berusia 14 tahun dalam kejadian di Kuala Sungai Baru, di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd