Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mufti Kelantan Tegaskan Sambutan Hari Lahir Tema Bunian Tindakan Kufur Nikmat

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan sambutan hari jadi bertemakan bunian dan hantu yang tular di media sosial baru-baru ini sebagai satu bentuk kufur nikmat kerana tidak meletakkan nikmat kurniaan ALLAH SWT pada tempat yang sepatutnya.

Kelahiran anak tu kuniaan Allah

Memetik laporan daripada Sinar Harian, beliau menyatakan, setiap kelahiran anak merupakan kurniaan ALLAH yang wajib disyukuri mengikut tuntutan agama Islam dan bukannya diraikan dengan perkara yang bercanggah dengan syariat.

“Kita kena balik kepada asal, iaitu siapa yang menjadikan kita. Tentulah kita ini dijadikan oleh ALLAH SWT. Kita ini kepunyaan ALLAH dan kepada-NYA kita kembali.
“Jadi bila lahir sahaja anak, ini adalah kurniaan ALLAH yang perlu disyukuri. Mensyukuri nikmat ALLAH ialah meletakkan sesuatu nikmat itu kena pada tempatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sambutan hari jadi yang didakwa bertemakan bunian dengan berpakaian menyerupai hantu seperti pocong, bunian dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.

Sambut hari lahir anak dengan majlis kesyukuran

Mohamad Shukri menjelaskan, sekiranya seseorang mahu meraikan kelahiran atau hari jadi anak, ia seharusnya dilakukan dengan cara yang dibenarkan agama seperti mengadakan majlis kesyukuran, solat hajat, jamuan makan atau amalan lain yang bertepatan dengan syariat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kalau kita nak mensyukuri kerana dapat anak, buatlah dengan tepat. Kita ada tahlil, cukur rambut dan sambutan secara Islamik. Jangan pula kita dapat kurniaan ALLAH tetapi kita lakukan perkara-perkara yang tidak disukai agama.
“Maka itu dipanggil kufur nikmat. Kenapa pula kita nak kufur nikmat sedangkan kita sepatutnya mensyukuri nikmat?” katanya.

Beliau turut berpandangan bahawa tema yang mengandungi unsur pengagungan terhadap hantu dan perkara yang bercanggah dengan agama tidak wajar dijadikan sebahagian daripada sambutan.

“Kita buat tema hantu dan sebagainya, itu orang panggil kufur nikmat kerana kita meletakkan nikmat yang Tuhan bagi itu tidak kena pada tempatnya,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan Islam tidak melarang penggunaan tema tertentu dalam sambutan hari jadi selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak agama dan nilai yang dianjurkan syariat.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Dunia

Polis kini sedang mengesan anak kepada seorang wanita berusia 63 tahun yang ditahan di Nigeria selepas dipercayai cuba menyeludup 31 kilogram (kg) dadah jenis...

Lokal

Seorang ibu muda mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi perempuannya yang baru dilahirkan selepas dipercayai mencampak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd