Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Muat Naik Gambar Cium Isteri, Netizen Dakwa Ahmad Dhani Mahu Sorok Masalah Rumah Tangga?

Penyanyi kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani dilihat mesra bersama isterinya Mulan Jamela di dalam gambar yang telah dimuat naik di akaun Instagramnya.

Gambar yang dimuat naik oleh komposer itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata mengecam Ahmad Dhani dan meningatkan tentang bekas isternya, Maia Estianty.

Ini kerana netizen masih lagi tidak melupakan isu perceraian yang berlaku antara Ahmad Dhani dan Maia pada tahun 2008.

Menurut Kosmo, perceraian Ahmad Dhani dengan bekas isterinya bermula disebabkan kehadiran Mulan sebagai orang ketiga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mulan juga dikhabarkan telah berkahwin dengan penyanyi berusia 51 tahun itu pada tahun 2006, dua tahun sebelum perceraian lelaki tersebut dengan bekas isterinya pada tahun 2008.

Bagaimanapun, Mulan menolak dakwaan itu dan menegaskan dia dan Ahmad Dhani berkahwin pada tahun 2009, setahun selepas perceraian antara Maia dan komposer itu.

Selain menerima kecaman daripada netizen, ada juga individu yang menuduh bahawa bukan Ahmad Dhani yang memuat naik gambar tersebut tetapi Mulan sendiri.

Bukan Ahmad Dhani yang post kot?

Ada juga yang mendakwa bahawa Ahmad Dhani sekadar memuat naik gambar bersama isterinya untuk mengaburi mata orang ramai tentang masalah rumah tangga dihadapi mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kalau tiba-tiba post macam ni, ada masalah ke?

Namun begitu, masih ramai netizen yang menyokong Ahmad Dhani dan isterinya selain mendoakan kebahagian rumah tangga mereka.

Doakan yang baik-baik je lah…

Benda yang lepas jangan diungkit, empunya badan masing-masing pun dah bahagia. Netizen pun rasanya dah boleh move on dari isu perceraian Ahmad Dhani sebelum ni.

Sumber: Instagram Ahmad Dahni & Kosmo (Mohammad Syahemy Azmi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd