Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MU Jelajah Malaysia Bulan Depan, PM Anwar Kongsi Rasa Teruja

Lawatan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United (MU) ke Malaysia selepas 16 tahun telah menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan penyokong tegar kelab tersebut.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada 28 Mei depan di Stadium Nasional Bukit Jalil bakal menyaksikan Red Devils menentang skuad pilihan ASEAN, dan merupakan sebahagian daripada siri jelajah pasca musim kelab tersebut di Asia.

Foto: FB Manchester United

Anwar meluahkan rasa keterujaannya melalui hantaran Instagram Story di akaun rasminya, dengan berkongsi poster perlawanan tersebut sambil menyatakan sokongan terhadap gabungan ASEAN yang bakal berganding tenaga menentang kelab gergasi itu.

“Semua negara ASEAN turun sebagai sebuah pasukn menentang Man United #ASEAN2025 #GGMU,” tulisnya disertai lagu ikonik kelab itu, ‘Glory Man United’ pada Selasa.

Foto: IG anwaribrahim_my

Menurut laporab Bernama, kali terakhir MU beraksi di Malaysia, adalah pada tahun 2009, ketika mereka mengadakan siri jelajah pramusim.

Dalam dua perlawanan yang berlangsung di Bukit Jalil pada ketika itu, MU mencatat kemenangan 3-2 dan 2-0 ke atas pasukan pilihan Malaysia.

Menurut kenyatan rasmi yang dikeluarkan kelab itu pada 9 April, selain Malaysia, MU turut dijadualkan bertandang ke Hong Kong untuk menentang pasukan kebangsaan negara tersebut di Stadium Hong Kong pada 30 Mei.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perlawanan ini menandakan kepulangan mereka ke Asia selepas aksi menentang Liverpool di Bangkok pada Julai 2022, yang menyaksikan mereka menang 4-0 dan sementara itu, lawatan terakhir ke Hong Kong adalah pada tahun 2013.

Siri jelajah itu akan diteruskan ke Stockholm, Sweden untuk pertembungan menentang Leeds United pada 19 Julai, sebelum mereka bertolak ke Amerika Syarikat dalam kempen Siri Musim Panas Liga Perdana Inggeris.

Di sana, MU akan berdepan West Ham United (26 Julai), Bournemouth (30 Julai) dan Everton (3 Ogos)

Kehadiran semula Red Devils ke Malaysia bukan sahaja menjadi sorortan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan malah memberi impak simbolik terhadap kerjasama serantau melalui sukan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Anwar turut sempat meninggalkan komen di laman Facebook MU.

Foto: FB Manchester United

“Saya sokong ASEAN tapi saya juga penyokong Manchester United. Kalau gol, nak sorak yang mana?” komen beliau. 

Komen yang ditinggalkan oleh Anwar turut menerima pelbagai reaksi daripada segelintir pengguna yang tidak menyangka bahawa beliau merupakan penyokong setia pasukan Red Devils.

Sumber: IG anwaribrahim_my, Bernama, FB Manchester United

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sosial

Isu pempengaruh Ammar Nazhan yang didakwa menyiarkan secara langsung perlawanan Piala Dunia 2026 di TikTok terus menjadi perhatian ramai apabila orang ramai mempersoalkan tindakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd