Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Yuran Tadika Dan Taska Dijangka Meningkat Sehingga 25 Peratus Tahun Depan – PERTIM

Yuran taman didikan kanak-kanak (tadika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska), dijangka meningkat sebanyak 20 hingga 25 peratus pada tahun hadapan, susulan daripada pengumuman kerajaan mengenai peningkatan gaji minimum kepada RM1,700 sebulan, yang akan dilaksanakan mulai 1 Februari tahun depan.

Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) dan beberapa persatuan lain telah mengesahkan kenaikan yuran ini ditawarkan kira-kira 4,500 ahli mereka disebabkan peningkatan kos operasi.

Penasihat Kehormat PERTIM, Zaharah Awang, menyatakan bahawa kenaikan ini bukan sahaja melibatkan gaji pekerja, tetapi juga kos bahan mentah, sewa, dan bil utiliti.

Kenaikan yuran ini memerlukan kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sebelum dilaksanakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Carian Google

PERTIM menjangkakan beberapa pengusaha tadika mungkin terpaksa menutup operasi mereka jika tidak mendapat sokongan daripada ibu bapa.

“Seramai 1,000 ahli kami yang juga pengusaha tadika di seluruh negara sebenarnya tersepit kerana tidak mahu menaikkan yuran, namun terpaksa berbuat demikian demi kelangsungan operasi tadika. Kita jangka, pengusaha yang tidak mendapat sokongan ibu bapa berdepan kemungkinan menutup operasi mereka, kerana kos operasi terlalu tinggi untuk ditanggung,” katanya.

Kenaikan kos operasi tadika telah berlaku sejak tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan menjadi lebih ketara sejak tahun lalu.

Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia melaporkan bahawa yuran taska akan meningkat antara 13 hingga 20 peratus mulai tahun depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kira-kira 3,000 taska di seluruh negara, termasuk 250 di Johor, akan mengenakan yuran baharu bermula Januari.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menyarankan kerajaan untuk menetapkan harga siling bagi perkhidmatan dan barangan tertentu untuk melindungi pengguna.

“FOMCA berpandangan kerajaan perlu melakukan intervensi bagi menetapkan harga siling perkhidmatan dan barangan tertentu supaya pengguna tidak terus terbeban dengan kenaikan harga yang keterlaluan dan tidak wajar.
“Pelaksanaan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 perlu diperkasa supaya sebarang kenaikan yang tidak wajar dikenakan tindakan tegas,” ujarnya.

Artikel lain: Kerajaan Pertimbang Tamatkan Subsidi Telur Ayam – Mohamad Sabu

FOMCA juga mencadangkan agar kerajaan memperluas penawaran pra-sekolah dan taman bimbingan kanak-kanak (tabika) sebagai alternatif bagi keluarga yang tidak mampu menggunakan perkhidmatan tadika dan taska swasta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Mohamed Farid Noh)

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peguam berjiwa rakyat yang dikenali sebagai ‘Peguam Kotak Pensel’, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami serangan jantung...

Sosial

Tragedi dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, kini memasuki fasa...

Sosial

Luahan rindu seorang ibu, Amelia Kartika Mappatata yang kehilangan puteri tunggalnya Chempaka Alara Azizi mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Dandan rambut jadi momen...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial mencuri perhatian warganet selepas berkongsi satu video di platform Threads ketika ingin membuka blindbox bersama pengikutnya. Namun, suasana berubah tegang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd