Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Waris Dua Pelancong China Maut Dihempap Pokok Tuntut RM1.7 Juta Sebagai Ganti Rugi

Waris keluarga kepada dua pelancong China yang maut akibat dihempap pokok tumbang di tempat letak kereta sebuah muzium di Pulau Pinang tahun lalu menuntut ganti rugi sebanyak RM1.7 juta daripada lima pihak.

Menurut laporan Berita Harian, Liu Zhu, 69, dan anak perempuannya, Liu Xinxin, 36, berada dalam sebuah kenderaan di kawasan Pinang Peranakan Mansion ketika mereka dihempap pokok yang tumbang dari kawasan bersebelahan laluan masuk muzium itu pada 18 September 2024.

Waris Dua Pelancong China Tuntut Ganti Rugi RM 1.7 Juta

Dua Pelancong China

Foto: FMT

Peguam, Ng Kian Nam, berkata, beliau mewakili anak guamnya, Yang Xue Li, 69, yang merupakan balu kepada Liu Zhu, 69, dan Wang Geng Feng, 41, iaitu suami Liu Xin Xin, 36, akan menghantar surat tuntutan (LOD) kepada pihak berkenaan hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, LOD itu ditujukan kepada pengendali muzium, Pinang Peranakan Mansion Sdn Bhd, pemilik tanah muzium, SSM Capital Sdn Bhd, pemilik tanah tempat pokok terbabit tumbuh, Sri Kumaran’s Textile Sdn Bhd, agensi pelancongan Pony Holiday Sdn Bhd dan pemandu yang membawa mangsa ke muzium berkenaan.

“Mangsa iaitu bapa, adalah seorang pesara yang menerima wang pencen bulanan sebanyak RM2,000 manakala anak perempuannya, merupakan penyelia latihan sebuah syarikat multinasional dengan pendapatan sekitar RM7,000 sebulan.
“Liu Xin Xin turut meninggalkan anak berusia 11 tahun dan sehingga kini, keluarga mangsa yang berdepan kepedihan emosi mendalam turut tidak menerima sebarang permohonan maaf daripada pihak terlibat,” katanya.

Dua Pelancong China

Foto: Utusan Malaysia

Tuntutan pampasan sebanyak RM1,762,325.69 itu antaranya merangkumi ganti rugi kesedihan, kehilangan tanggungan, ganti rugi teladan, kehilangan elaun persaraan yang dijangka, perbelanjaan pengebumian, tiket kapal terbang, kos khas dan lain-lain.

Menurut Kian Nam, pemandu kereta terbabit disediakan agensi pelancongan turut didapati tidak mempunyai lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang sah dengan mangsa yang telah menempah pakej lapan hari tujuh malam ke Pulau Pinang masuk lebih dahulu dalam kenderaan ketika kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, pihak pertama dan kedua gagal mengambil langkah berjaga-jaga yang mencukupi untuk memastikan keselamatan kawasan parkir yang telah ditetapkan meskipun secara konsisten menarik pelancong dan menjual tiket kepada mereka termasuk kepada mangsa.

“Mereka gagal mengingatkan pihak ketiga iaitu tuan punya hartanah jiran untuk memangkas dan menyelenggara pokok berkenaan walaupun mengetahui pokok berkenaan telah membesar ke arah muzium.
“Pihak muzium juga tidak mengambil langkah munasabah untuk memastikan keselamatan mangsa dengan membenarkan mereka terus melawat muzium dalam keadaan cuaca buruk,” ujarnya.

Dua Pelancong China

Foto: Carian Google

Artikel lain: JAKIM Siasat Video Pelancong China Baling Jubah, Tindakan Undang-Undang Akan Diambil

Tambah Kian Nam lagi, pihaknya turut menghantar surat memohon klarifikasi kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk mendapatkan penjelasan mengapa notis berhubung risiko pokok tumbang hanya dikeluarkan kepada pemilik tanah selepas kejadian dan bukan sebelumnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Siti Aminah Mohd Yusof)

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Nasional

Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan bahawa kanak-kanak yang mengikuti kemasukan awal ke Tahun Satu pada usia enam tahun (5+) bagi sesi 2027 dijangka menamatkan pendidikan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd