Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Wanita Tayang Bulu Bawah Lengan Raih Pendapatan RM47,000 Sebulan

Seorang wanita dikenali sebagai Fenella Fox yang berasal dari Worcester, Britain telah menjana pendapatan sekitar RM47,000 dalam masa sebulan hanya dengan menayang bulu bawah lengan.

Dapat pendapatan dalam talian saja

Memetik laporan dari Mail Online, Fenella yang juga merupakan influencer di media sosial memaklumkan yang dia hanya menayang bulu di bawah lengannya secara atas talian untuk meraih pendapatan.

bulu bawah lengan

Cuma tayang bulu bawah lengan pun dapat duit

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan akui sering menerima mesej ancaman serta diekori lelaki tidak dikenali untuk menghendapnya (stalker) sehingga dia mengalami Gangguan Tekanan Selepas Trauma (PTSD).

Difahamkan, wanita berkenaan sudah berkongsi gambarnya menayang bulu di bawah lengan sejak enam tahun lalu kerana berasa bosan dengan standard kecantikan wanita kebiasaannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Saya berhenti bersolek, mendandan rambut, bercukur dan hanya membiarkan badan saya berubah secara semula jadi.
“Saya banyak bercakap mengenai perkara itu secara online dan tidak lama selepas itu, saya dikenali ramai sebagai pempengaruh positif mengenai tubuh  badan wanita,” katanya.

bulu bawah lengan

Tayang bulu bawah lengan dekat media sosial terima ancaman keganasan

Akan tetapi, influencer yang mempunyai lebih sejuta pengikut di media sosial itu telah menjadi mangsa ancaman keganasan serta seksual daripada individu tidak dikenali.

“Salah satu daripada reaksu yang menakutkan pernah saya terima adalah apabila ada seseorang memberitahu yang saya akan digantung di negara mereka.
“Saya juga pernah dihendap oleh seseorang pada Januari lalu dan sering menerima pesanan panjang lebar daripada individu lain secara kerap.
“Saya boleh melancong ke seluruh dunia dengan tinggal di penginapan mewah dan makan di luar pada bila-bila masa sahaja. Saya juga mempunyai kewangan yng stabil tetapi pekerjaan seperti ini menjejaskan kesihatan mental saya,” ujarnya lagi.
bulu bawah lengan

Walau bagaimanapun, dia akui bahawa pekerjaannya itu memberi banyak keberuntungan apabila boleh mengembara ke serata dunia, bekerja hanya melalui telefon, berjumpa dengan ramai model terkenal serta dapat menganjurkan acara yang dihadiri ramai orang.

Sumber: Mailonline

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Spotlight

Pelakon dan penyanyi Ahmad Al Ghazali mendedahkan pengalaman hampir setahun mendepani bahtera perkahwinan bersama isteri Alyssa Daguise yang menurutnya penuh dengan cabaran dan sangat...

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Bisnes

Syarikat penerbangan di Asia dilaporkan mula menaikkan harga tiket dan merangka pelan kecemasan termasuk kemungkinan menggantung operasi penerbangan susulan konflik di Asia Barat yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd