Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita Mengamuk Di Stesen Minyak Mengaku Bersalah, Sebenarnya Seorang Penganggur

Pada minggu lalu tular klip rakaman video, Elyna Muhamad, 42, mengaku bersalah kerana  mengamuk dan menimbulkan kekacauan di stesen minyak di Mahkamah Majistret di sini, pagi Isnin.

Elyna tertuduh dengan tiga pertuduhan, iaitu melakukan ugutan jenayah, berkelakuan aib di tempat awam dan berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis.

Memetik laporan Harian Metro, Majistret Siti Hajar Ali menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM5,500 selepas tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut pertuduhan pertama, ibu kepada lima anak itu melakukan ugutan jenayah bagi mendatangkan kegentaran terhadap penyelia stesen minyak, Shakir Zuhayri Zairul Rizal, 24, di sebuah stesen minyak di Pusat Perdagangan Hillpark, Puncak Alam pada jam 7.50 malam, 17 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, wanita berusia 42 tahun itu didakwa berkelakuan aib di tempat awam dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu ketenteraman, juga di lokasi dan waktu yang sama.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM100.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa berkelakuan tidak senonoh dalam Balai Polis Saujana Utama pada jam 1.45 pagi, 19 Oktober lalu.

Foto: X Mynewshub

Dia didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM500 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nor Hakimi Mohamad Rosedin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh supaya tidak mengulangi kesilapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Suria FM

Bagaimanapun, peguam bela Elyna, Shah Wira Abdul Halim, merayu hukuman denda diringankan atas alasan wanita itu tidak bekerja.

Terdahulu, Elyna yang melakukan ugutan jenayah dan menyerang dengan buluh di sebuah stesen minyak di Hillpark Saujana Utama, sudah ditahan polis ekoran video yang tular di sosial media.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, suspek ditahan di Balai Polis Saujana Utama jam 3.40 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Amirul Aiman Hamsuddin)

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Lokal

Seorang ejen insurans direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel seorang guru wanita yang juga merupakan madunya dalam kejadian yang berlaku...

Lokal

Selepas lebih empat dekad berkhidmat sebagai jurubahasa isyarat, Tan Lee Bee, 64, akhirnya menerima Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd