Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wanita Didakwa Dera Anak Usia 3 Tahun, Letak Dalam Sangkar Atas Alasan Perlu Bekerja

Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam selepas mengaku bersalah melakukan penganiayaan terhadap anak lelaki kandungnya pada Februari lalu.

Memetik laporan Berita Harian, wanita tersebut difahamkan telah meletakkan anaknya yang berusia tiga tahun dalam sangkar dengan alasan ingin bekerja.

“Saya terpaksa letak anak dalam sangkar kerana perlu bekerja,” katanya.

Foto: Carian Google

Tertuduh turut diperintahkan menjalani khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh enam bulan sebaik selesai menjalani hukuman bermula hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hakim Norina Zainal Abidin mengarahkan agar wanita berusia 20 tahun itu dikenakan bon jaminan berkelakuan baik untuk tempoh lima tahun dengan RM10,000 tanpa cagaran.

Mahkamah sama juga turut mengarahkan dua lagi rakan ibu mangsa, iaitu Adibah Mohd Zaini, 35, dan Nor Azlin Fatin Najihah Lokman, 25, dijatuhi hukuman sama selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Foto: Harian Metro

Perbuatan itu telah dilakukan di sebuah rumah di Jalan 1/109F, Taman Danau Desa, di sini pada jam 1.40 tengah hari hingga 1.45 tengah hari, 23 Februari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh bersama-sama melakukan penganiayaan terhadap kanak-kanak terbabit dimana perbuatan itu telah mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.

Sebelum dijatuhkan hukuman, wanita itu dan dua lagi tertuduh merayu supaya hanya hukuman denda yang ringan kerana masing-masing sudah insaf dan mengakui kesalahan dilakukan.

“Saya mohon kurangkan hukuman hanya denda, tiada siapa yang menjaga mereka di rumah, suami saya bekerja.
“Saya tidak mahu masuk penjara dan menyesal dengan perbuatan ini, ini kali pertama dan terakhir saya melakukan kesalahan ini,” ujarnya.

Nor Azlin Fatin Najihah juga dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana perlu menanggung adik beradik 10 orang dan ada antara mereka masih kecil.

“Saya mengaku bersalah kerana bersubahat,”  ujarnya yang mengesahkan tinggal di rumah sama dengan Adibah.

Foto: MalaysiaGazette

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Joshua Tee Yee Khuan mencadangkan hukuman pemenjaraan dikenakan ke atas ketiga-tiga mereka kerana perbuatan tidak berperikemanusiaan dan menganiaya kanak-kanak.

Hasil siasatan menyatakan ketiga-tiga tertuduh bersama-sama menyebabkan penganiayaan terhadap mangsa dengan menendang dan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.

Adibah menendang kanak-kanak itu beberapa kali sambil dirakam Nor Azlin Fatin Najihah manakala ibu mangsa turut berada di tempat kejadian dan membenarkan kejadian tersebut.

Hasil pemeriksaan awal perubatan menunjukkan terdapat kesan kecederaan pada bahagian kening, perut, belakang badan, tangan dan kaki mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Berita Harian (Suraya Roslan)

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Lokal

Seorang ejen insurans direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel seorang guru wanita yang juga merupakan madunya dalam kejadian yang berlaku...

Lokal

Selepas lebih empat dekad berkhidmat sebagai jurubahasa isyarat, Tan Lee Bee, 64, akhirnya menerima Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd