Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Wang Tak Boleh Beli Kesetiaan, AKPK Tegaskan Kesejahteraan Mental Penentu Produktivi Pekerja

AKPK

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) hari ini menegaskan kesetiaan pekerja tidak boleh dibeli dengan wang, sebaliknya mampu jika seimbang dengan kesejahteraan mental.

CEO AKPK, Azaddin Ngah Tasir berkata, penyelidikan yang dijalankan pihaknya telah membuktikan wang dan kesejahteraan mental adalah saling berkaitan.

“Sebanyak 26 peratus daripada Pekerja di Malaysia mengalami tekanan kewangan yang berbeza-beza, dan 65 peratus daripada mereka mengatakan bahawa tekanan kewangan telah menjejaskan prestasi kerja mereka.
“Bayangkan berapa banyak produktiviti yang boleh kita capai jika kita dapat mengurangkan 26 peratus itu ke peratusan yang jauh lebih rendah,”katanya.

Artikel lain: Pindah Ke TRX, Bursa Malaysia Sahkan Dalam Perbincangan Bersama Mulia Property

Beliau berkata demikian dengan merujuk kepada laporan yang dihasilkan oleh Pusat Penyelidikan Pendidikan Kewangan AKPK (FEWRC) yang bertajuk ‘From Nine to Five: Navigating Employees’ Financial Well-Being at the Workplace.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wang tak boleh beli kesetiaan pekerja

Secara purata berdasarkan laporan FEWRC, sebanyak 70 peratus Pekerja di Malaysia (MWA) dengan kesejahteraan kewangan terendah adalah pekerja yang berprestasi rendah.

Manakala, 78 peratus daripada mereka mempunyai kesejahteraan kewangan tertinggi melebihi jangkaan produktiviti.

Menurutnya, angka-angka ini menekankan peranan kritikal pendidikan kewangan dalam meningkatkan produktiviti tempat kerja.

“Apabila kesejahteraan kewangan seseorang bertambah baik, begitu juga kesetiaan pekerja, mewujudkan tenaga kerja yang lebih stabil dan komited.
“Penemuan kami menunjukan bahawa 91 peratus daripada MWA yang mempunyai kesejahteraan kewangan tinggi setia kepada syarikat mereka, manakala 89 peratus daripada mereka mempunyai kesejahteraan kewangan yang lemah aktif mencari peluang pekerjaan baru,”ujarnya.

Tegas beliau, wang sahaja tidak mampu membeli kesetiaan pekerja, sebaliknya kesejahteraan kewangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesejahteraan kewangan yang dimaksudkan adalah pengetahuan dan kemahiran untuk menguruskan apa-apa sumber yang ada, seperti wang dan pembiayaan seseorang.

Beliau turut mengesyorkan integrasu kesejahteraan kewangan pekerja sebagai agenda utama dalam rancangan mana-mana organisasi untuk meningkatkan produktiviti.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, YB Dato Lukanisman Awang Sauni juga menekankan kepentingna kesejahteraan kakitangan terhadap produktiviti tempat kerja dan menegaskan bahawa ia melangkaui kesejahteraan fizikal.

“Kesejahteraan mental adalah penentu utama produktiviti pekerja juga, dan kawalan yang kukuh terhadap kewangan seseorang menyumbang kepada kestabilan mental,”katanya.

Hari ini, AKPK telah memulakan Persidangan Kesejahteraan Kewangan pertama di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam persidangan itu, tema “Level Up! Minda Anda, Badan Anda, dan Wang Anda” telah dipilih dengan mengumpulkan kakitangan sumber manusia dari agensi dan korporat yang merupakan rakan kerjasama AKPK.

Turut hadir bersama CEO HRD Corp, Datuk Wira Shahul Dawood, Datuk Shalin Zulkifli, Kevin Zahri dan Douglas Lim.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Sukan

Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin umum bertunang dengan bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, pada Rabu. Berita gembira itu dikongsikan...

Sosial

Seorang peniaga dipercayai tiada lesen perniagaan berang apabila barang jualan kena rampas oleh penguat kuasa dipercayai di Dataran Merdeka. @user62935921735153 I don’t know what’s...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd