Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Virgoun Buat Laporan Polis, Dakwa Isteri Godam Telefon Tanpa Kebenaran

Seakan tiada kesudahan, penyanyi Indonesia popular, Virgoun telah membuat laporan polis terhadap isterinya, Inara Rusli atas tuduhan mengakses dan menyebarkan data peribadinya secara haram di media sosial.

Menerusi laporan Detik Hot, menurut Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya, Kombes Trunoyudo Wisnu Andiko memaklumkan pihaknya telah menerima laporan mengenai kes tersebut.

Sebelum ini, Inara telah mendedahkan perbuatan curang yang dilakukan oleh Virgoun di media sosial yang telah menggunakan perkhidmatan seks untuk memuaskan nafsunya.

Bagaimanapun, Virgoun terkesan dengan tindakan yang dilakukan oleh Inara dan disebabkan itulah dia memfailkan penceraian kerana terlalu malu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dia didakwa kerana melakukan akses haram dan penyebaran data peribadinya dengan mengakses aplikasi perbualan peribadi malah memuat naik ke media sosial tanpa kebenaran,” kata Trunoyudo.

Pun begitu, peguam mewakili Inara, Arjana Bagaskara memberitahu laporan yang dilakukan Virgoun adalah tidak berasas sama sekali kerana mengikut undang-undang, itu merupakan perkara biasa dalam perkahwinan dan seorang isteri berhak untuk mengetahui aktiviti pasangan termasuklah mengakses telefon bimbit.

Sekadar info, Virgoun dan Inara membina mahligai pada 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber: Detik Hot (Dicky Ardian)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd