Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Makin Yakin Berbelanja! Van Pisang KPDN Pantau Harga, Aduan Selesai Dalam 24 Jam

Van Pisang KPDN Pantau Harga

Van Pisang KPDN Pantau Harga!

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memberi jaminan setiap aduan pengguna yang diterima menerusi van STAR (Skuad Tindakan Aduan dan Resolusi Pengguna) atau lebih dikenali sebagai ‘van pisang’ akan diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi 24 jam.

Pengarahnya, Dr Mohd Hazimin Jamaludin berkata, van berkenaan dijangka mula beroperasi pada awal tahun depan bagi menyambut kehadiran pelancong sempena Tahun Melawat Melaka 2026.

Van Pisang KPDN Pantau Harga

Menurut beliau, perkhidmatan itu akan digerakkan secara lapangan khususnya di kawasan tumpuan pelancong bagi memastikan pelancong berasa selamat dan yakin untuk berbelanja di negeri ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“KPDN Melaka turut mengambil pendekatan agresif dari sudut keharmonian ekonomi bagi memastikan pelancong yang datang ke Melaka berasa gembira dan selamat untuk berbelanja.
“Dengan adanya van ini, pelancong atau sesiapa sahaja termasuk masyarakat tempatan yang tidak berpuas hati dengan harga barangan, produk atau bekalan boleh terus membuat aduan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas 2025 KPDN Melaka di Jaya Grocer Klebang, di sini.

Mohd Hazimin berharap van tersebut dapat berfungsi sebagai pejabat bergerak yang bertindak pantas dalam menangani aduan pengguna.

“Kami akan berusaha menyelesaikan setiap aduan dalam tempoh tidak melebihi 24 jam. Jika aduan diterima segera, kami akan terus turun ke lokasi untuk menyiasat dan menyelesaikan isu harga barangan yang dilaporkan.
“Sekiranya ternampak van kuning ini, orang ramai boleh terus membuat aduan tanpa perlu menggunakan sistem panggilan atau aplikasi lain kerana van ini direka untuk bergerak dan bertindak dengan pantas,” katanya lagi.

Sementara itu, berkaitan pelaksanaan SHMMP, beliau memaklumkan sebanyak 14 jenis barangan dikawal harga di bawah skim tersebut namun hanya sembilan barangan terlibat di Melaka.

Artikel lain: KPDN Sahkan Tiada Isu Kekurangan Isi Padu RON95 Ketika Operasi Pemeriksaan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, barangan berkenaan ialah daging kambing biri-biri, kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk kubis Beijing), lobak merah, tomato, cili merah, lada benggala hijau, bawang merah besar, bawang kuning besar dan ubi kentang import.

Beliau turut menasihati peniaga supaya mematuhi harga yang ditetapkan serta menggunakan label berwarna merah jambu bagi barangan kawalan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan di bawah skim ini dan mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
“Berdasarkan statistik penguatkuasaan bermula 1 Januari hingga 22 Disember 2025, sebanyak 31,544 pemeriksaan telah dijalankan di Melaka dengan 26 kes diambil tindakan sepanjang tempoh pelaksanaan SHMMP tahun ini,”ujar beliau.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul mengajak semua pihak untuk ‘move on’ susulan video permohonan maaf Dr. Malar Santhi Santherasegapan berhubung kontroversi kenyataan melibatkan isu...

Sosial

Kenyataan pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul, yang mendakwa satu produk minuman mampu menurunkan kolesterol serta paras gula dalam darah mencetuskan kecaman netizen. Mana tidaknya,...

Politik

Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, 45, menzahirkan ucapan tahniah kepada aktivis Ustazah Marhamah Rosli atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Menteri di...

Dunia

Pertandingan E-sukan di Sukan SEA ke-33 bertukar hangat apabila satu isu serius membabitkan disiplin pemain mencuri tumpuan ramai. Seorang atlet wanita Thailand bagi acara...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd