Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

UPSR, PT3 Dimansuh Untuk Kurangkan Tekanan Pelajar – Fadhlina

Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dimansuhkan untuk mengurangkan tekanan akademik dalam kalangan pelajar sekolah.

Foto: malaysiakini

Menurut laporan malaysiakini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mendedahkan malah keputusan itu juga bagi mencegah tindakan bunuh diri.

Beliau menerangkan bahawa pendekatan pendidikan akan berubah dari fokus peperiksaan kepada kaedah pembelajaran yang lebih holistik selain sistem pendidikan baharu akan lebih menekankan pembelajaran berasaskan inkuiri, eksplorasi, dan pengalaman kontekstual.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebab itu di peringkat kementerian kita ambil pendekatan mansuhkan peperiksaan. Jadi tak ada lagi pembelajaran berasaskan peperiksaan. Orientasi peperiksaan sudah tak ada tapi ditumpukan pada pembelajaran berasaskan inkuiri, eksplorasi, berasaskan pengalaman, kontekstual dan juga pentaksiran dalam sepenuhnya melihat kepada pembangunan holistik anak-anak ini,” katanya.

Beliau menjawab soalan Tan Kar Hing (Pakatan Harapan-Gopeng) berhubung kes bunuh diri seorang pelajar Tingkatan 4 di Pulau Pinang yang meninggalkan nota menyatakan kemurungannya terhadap pencapaian akademik, baru-baru ini.

Tan turut mengemukakan cadangan semakan semula sistem pendidikan kerana kekurangan aktiviti kokurikulum didakwa menjadi faktor penyumbang isu tersebut.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan keperluan untuk merombak dasar pendidikan negara, termasuk kekurangan peperiksaan sedemikian untuk pelajar Darjah 6 dan Tingkatan 3.

Ia susulan peningkatan insiden pelajar Tingkatan 5 yang tidak hadir bagi mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, Fadhlina dengan jelas menegaskan tiada rancangan untuk mengembalikan semula peperiksaan UPSR dan PT3 atau ujian berpusat pada masa hadapan.

Sumber: malaysiakini (Hariz Mohd, Zarrah Morden & N Faizal Ghazali)

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Sosial

Imam 3 Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Muhammad Adhan Adnan meletakkan jawatan susulan penularan video menunjukkan setiausaha masjid menonton kandungan lucah di pejabat masjid. Imam...

Lokal

Kes pembunuhan melibatkan pasangan suami isteri yang ditemui maut di sebuah rumah di Sri Aman pada 14 Januari lalu disahkan telah selesai, dengan kemurungan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd