Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Umpan Guna Duit RM1, Lelaki Warga India Dituduh Amang Fizikal Dua Kanak-Kanak Perempuan

Seorang lelaki warga India dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Muar hari ini atas pertuduhan amang seksual fizikal terhadap dua kanak-kanak perempuan di sebuah surau di Segamat, minggu lalu.

Memetik laporan Buletin TV3, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh iaitu Shaikh Faroouqe Nabisaheb, 59, kerana tidak memahami pertuduhan yang dikemukakan dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Warga India Cabul Dua Kanak-Kanak Perempuan Di Surau

Warga Tua India

Foto: Buletin TV3

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di sebuah surau pada jam 6.20 petang, 4 Januari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seterusnya, bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan perbuatan sama terhadap kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun pada waktu, tarikh dan lokasi sama.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dengan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, bagi setiap pertuduhan.

Kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakan lelaki bermain di taman permainan sebelum ke surau terbabit untuk minum kerana kehausan, berdasarkan laporan dibuat.

Ketika itu, tertuduh yang berada di surau terbabit mendekati mangsa dan menghulurkan sejumlah duit sebanyak RM1 seorang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, tertuduh mengambil kesempatan melakukan perbuatan itu terhadap kedua-dua mangsa perempuan.

Perbuatan tertuduh disaksikan rakan lelaki mangsa sebelum mereka memberitahu ibu bapa masing-masing mengenai kejadian itu.

Warga Tua India

Foto: Carian Google

Susulan itu, ahli keluarga kedua-dua mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat pada 4 Januari dimana tertuduh ditahan pada hari sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Othman Affan dan Diyana Najiha Muhamed Fauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel lain: Lelaki Warga India Menyamar Sebagai Juruterbang Singapura Ditahan

Pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan tarikh singkat bagi membolehkan kehadiran jurubahasa.

Mahkamah menetapkan 10 Februari untuk sebutan semula dan tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin Tv3

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka atas cubaan melakukan persetubuhan haram, Cikgu Fadilah tampil membuat laporan polis selepas mendapati video  dirinya tersebar...

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Majlis yang sepatutnya penuh dengan kegembiraan bertukar pilu apabila 3 ahli keluarga pengantin lelaki maut dalam kemalangan sehari sebelum berlangsungnya perkahwinan. 3 ahli keluarga...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd