Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

UMNO Mohon Agong Beri Pengampunan Penuh Buat Najib

UMNO telah mengemukakan permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan penuh kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

UMNO

Foto: Facebook Zahid Hamidi

Menurut satu kenyataan melalui laman Facebook, presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan permohonan ini adalah selaras dengan kuasa prerogatif Seri Paduka Baginda di bawah peruntukan Perkara 42 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, UMNO turut menjunjung kasih Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah memperakukan Titah Adendum berhubung penahanan dalam rumah bekas ahli Parlimen Pekan itu adalah wujud dan sahih.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perakuan kesahihan Titah Adendum ini yang dizahirkan oleh baginda membuktikan kebenaran afidavit tambahan menyokong petisyen Najib yang telah dibuat oleh saya dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, sebelum ini.

Artikel lain: Titah Adendum: Wujud Surat Pengesahan Daripada Istana Pahang – Peguam Najib

“UMNO menghormati proses perundangan yang sedang berlangsung dan akan terus memperjuangkan keadilan buat Najib.
“Saya juga ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada ahli UMNO dan penyokong setia yang tidak pernah lelah memberikan sokongan serta doa sepanjang perjalanan ini,” katanya hari ini.

Perkembangan ini seiring dengan kejayaan Najib mendapat kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Azizah Nawawi, bersama Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril telah membenarkan rayuan Najib dengan keputusan majoriti 2-1.

Sumber: Facebook Zahid Hamidi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd