Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

TUDM Terbangkan 40 Warga Palestin Untuk Terima Rawatan Di Malaysia

Seramai 40 orang awam Palestin yang cedera dalam konflik di Gaza akan diterbangkan dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir ke Malaysia pada malam ini bagi menerima rawatan.

Menerusi laporan Bernama, Duta Mesir ke Malaysia Ragai Nasr berkata, dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kesemua pesakit dijadualkan tiba di Malaysia pada pagi Jumaat.

Foto: Bernama

“Mereka akan menerima rawatan di hospital-hospital yang ditetapkan oleh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, Presiden Abdel Fattah el-Sisi mengarahkan pemilihan 40 warga Palestin tersebut selepas menerima permintaan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini adalah usaha yang diselaraskan melibatkan pelbagai pihak yang bekerjasama untuk memenuhi permintaan Perdana Menteri Anwar,” ujarnya.

Foto: Malaysiakini

Nasr turut memaklumkan kerajaan Mesir sedang menempatkan lebih 70,000 warga Palestin di 40 hospital selain memberi jaminan akan terus memberi sokongan terhadap sebarang permintaan masa depan dari Malaysia.

“Kami akan meneruskan bantuan ini, apa sahaja yang diminta oleh Malaysia pada masa hadapan,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan dua pesawat berkenaan telah berlepas ke Mesir untuk tujuan tersebut.

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Anwar mengumumkan kerajaan berhasrat untuk membawa dan membantu merawat warga Palestin yang cedera di Malaysia.

Seramai hampir 40,000 warga Palestin dilaporkan telah terbunuh di Gaza manakala lebih 92,000 lagi cedera dan sedang menerima rawatan di beberapa hospital di Mesir.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd