Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tol Percuma Tak Bantu Atasi Kesesakan Jalan Semasa Musim Perayaan – Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpandangan pemberian tol percuma tak bantu atasi kesesakan jalan raya semasa musim perayaan.

Memetik laporan Malaysiakini, beliau berkata selain tidak mengatasi masalah sedia ada, kerajaan juga perlu membelanjakan RM35 juta sehari sebagai pampasan konsensi tol.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan keputusan untuk tidak meneruskan pemberian tol percuma itu adalah keputusan Jumlah Menteri berdasarkan saranan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Tol percuma tak bantu atasi kesesakan jalan semasa musim perayaan

Tol Percuma Tak Bantu Atasi Kesesakan Jalan

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Walaupun ia tidak melibatkan pampasan tunai secara langsung, tetapi konsensi itu terpaksa dipanjangkan dan ini tidak menyelesaikan masalah kesesakan lebuh raya yang bertol.
“Jadi keputusan untuk menghentikan pemberian tol percuma adalah keputusan jemaah menteri hasil dariapda saranan menteri kerja raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Anugerah Pemenang Rural Business Challenge (RBC) 2.0 2024 di Putrajaya pada Selasa.

Artikel lain: Terima Peruntukan RM93.374 Juta, KKR Komited Minimumkan Risiko Cerun Runtuh

Susulan itu, Ahmad Zahid berharap pengguna jalan raya merancang perjalanan mereka kerana kerajaan tidak lagi memberikan pengecualian tol semasa musim perayaan.

“Yang penting ialah gelagat ataupun tingkah laku untuk kita menggunakan jalan raya mesti berubah sekarang. Kita messti menukar (fikiran) kepada memperolehi diskaun ataupun diberikan tol percuma itu sebagai hadiah.

Tingkat perbelanjaan kerajaan, tol percuma tak bantu atasi kesesakan jalan

“Tetapi, apabila tidak ada hadiah, kita mesti menukar cara berkenderaan apabila sampai musim-musim perayaan.
“Kita mesti menjadualkan kepulangan kita ke destinasi dan untuk pulang ke bandar raya ataupun ke destinasi rumah emreka itu, memang boleh disesuaikan,” ujarnya.

Sumber: Malaysiakini (B Nantha Kumar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd