Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Titah Adendum: Wujud Surat Pengesahan Daripada Istana Pahang – Peguam Najib

Tular di media sosial mengenai sepucuk surat pengesahan titah adendum daripada Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan supaya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di rumah diserahkan kepada mahkamah.

Memetik laporan Malaysia Gazette, peguam utama Najib, iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengemukakan surat itu di hadapan Mahkamah Rayuan, Putrajaya hari ini.

Surat Pengesahan Titah Adendum

Foto: Berita Harian

Surat Pengesahan Titah Adendum

Surat daripada Majlis Kesultanan Pahang bertarikh 4 Januari lalu itu ditujukan kepada anak Najib, Datuk Mohamad Nizar dan ditandatangani Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Ahmad Khirrizal Ab Rahman.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan kandungan surat itu, Sultan Abdullah selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16 telah menitahkan supaya Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan menerusi penahanan dalam rumah (house arrest) melalui titah adendum bertarih 29 Januari 2024.

Surat Pengesahan Titah Adendum

Foto: MalaysiaGazette

“Sehubungan dengan itu, melalui surat ini, saya bagi pihak Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16 adalah dengan ini memperakukan bahawa Titah Adendum Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku termaksud adalah wujud dan sahih,” demikian seperti dipetik dalam surat tersebut.

Menurut laporan Malaysiakini pula, hari ini telah ditetapkan untuk perbicaraan kes rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak kebenaran semakan kehakiman serta notis usul difailkannya untuk mengemukakan keterangan tambahan berkaitan Titah Adendum.

Surat Pengesahan Titah Adendum

Foto: The Australian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: AMANAH Sifatkan Agak Aneh, PAS Sokong Najib Lebih Daripada UMNO

Prosiding hari ini turut didengar oleh panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Azizah Nawawi, Azhahari Kamal Ramli dan Mohd Firuz Jaffril.

Najib, 72, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Julai tahun lalu yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Titah Adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Najib mendakwa titah adendum itu akan membolehkannya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: MalaysiaGazette, Malaysiakini

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd