Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tiger Beer Nafi Beri Sumbangan Kewangan Kepada Sekolah

Syarikat minuman keras, Tiger Beer menjelaskan tidak pernah membuat sebarang sumbangan kewangan kepada mana-mana sekolah dan misi mereka kononnya hanya sebagai platform yang membantu masyarakat setempat untuk mengumpul dana.

Menurut satu laporan Malaysiakini, syarikat itu memaklumkan Konsert Amal Pendidikan Cina (CECC) diadakan untuk menaik taraf kemudahan di sekolah-sekolah Cina yang memerlukan dan telah wujud sejak 30 tahun lalu.

Foto: Google

“Sebagai sebuah jenama bir, kami tidak membuat sebarang sumbangan kepada sekolah.
“Peranan kami dalam CECC hanya melibatkan persembahan artis tempatan di konsert yang dianjurkan untuk para penderma,” katanya.

Tiger Beer juga berkata, pelbagai siri CECC yang dianjurkan mereka sehingga kini berjaya mengumpulkan lebih RM413 juta daripada para penyumbang yang terdiri daripada masyarakat tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Komunikasi dan penglibatan kami hanya pada peringkat persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) sekolah serta ahli lembaga pengarah yang mengendalikan sekolah,” tambahnya lagi.

Foto: Malaysiakini

Syarikat itu turut memberitahu pihaknya sentiasa berhati-hati dalam setiap program yang disertai bagi memastikan semuanya menghormati sensitivi budaya dan mematuhi peraturan yang ada.

Terdahulu, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tche Min di Sungai Pelek, Selangor menganjurkan acara amal yang dirasmikan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aiman ​​Athirah Sabu, mengundang kontroversi selepas Tiger Beer menjadi salah satu pihak penderma.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd